Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

Palestin.. Simpatiku xkan berakhir

Di corong-corong radio layar kaca tv
Pancaran satelit parabola siarkan cerita
Salurkan berita bawakan derita sandiwara kisah nyata
Di dada akhbar rencana terkini
Menghiasi ruang muka warkah wadah warta wajah warga dunia...

Nanah luka mereka
Gejolak resah kocak dunia
Siksa mereka kita saksinya
Bencana alam melanda tragedi dan petaka
Musibah menimpa kemelut negara dunia ketiga
Lapar dan dahaga panas dan dingin cuaca
Perang meragut jiwa angkara si mesiu peluru tak bermata
Dan kita hanya cuma membisik hiba hanya satu rasa

Tik tok tik tok tik tok tik
Sedetik simpati
Suis listrik pun dimati disitu simpati berhenti

Lain di mulut lain di hati
Cukupkah dengan rasa hiba setakat mudah hulur simpati
Hanyalah mampu cuma bersuara bisa lafaz kata
Pilu sayu hanya sementara
Timbul tenggelam pergi dan datang sekelip mata rasa itu hilang
Sekilas rasa seikhlas mana
Tiada guna apa ertinya

Apalah guna setelaga airmata dan selaput duka
Seandainya tidak dapat mencuci darah luka dan nanah mereka
Apalah guna sejuta kata dan berjilid naskhah kisah duka lara
Seandainya tidak dapat mengisi alas kosong perut mereka
Tiada erti segala sinar pancar optik kaca silau lensa kamera
Seandainya tidak dapat mejadi selimut gebar tubuh mereka
Tik tok tik tok simpati kau datang dan pergi
Tik tok tik tok simpati timbul dan tenggelam lagi
Tik tok tik tok simpati sedih dan senyum kembali
Berulang-ulang lagi tiada henti
Simpati kita semua hanyalah secubit rasa
Tidak mampu berdaya mematah peluru-peluru yang muntah
Dari picul-picul mulut-mulut senjata angkara kita
Simpati polan simpati anu simpati mu simpatiku
Simpati kita semua nilainya hanyalah sekadar secebis SAMPAH!
Airmata kita kering semula


Simpati untukmu Palestin akan berterusan!!
Akan aku usahakan bukan sekadar simpati.. Insyaallah!

Kapal Bantuan dari Malaysia diserang Israel!!


Misi bantuan ke Gaza yang disertai rakyat Malaysia diserang oleh komando Israel.. 16 dikatakan terbunuh dan 30 lagi cedera. 6 Kapal kini ditunda ke tempat yang tidak diketahui dan nasib warga malaysia - krew astro awani masih tidak diketahui..
Video serangan ada link dibawah:

Video 1 - Berita

Video 2 - Live

Souce : Astro awani

P/s : Laknat la Israel!! Sama sama kita berdoa keselamatan krew bantuan kita dan krew bantan negara lain.. amin...

Kenapa blog aku macam nie? Kna spam ke apa.. anybody can help me? pleaz..


Kenapa blog aku jadi macamnie?
Sapa2 boleh tolong?

Benda nie jadi masa kat HOME

Masa masuk entry single elok je..
Setting kat dashboard nampak ok jerk..
Aku upload balik templetes yang asal pun, still jadi cmnie..
Aku buang post yang paling latest pun, still jadi camnie..
Kenapa ya?
Tolong aku...
Pleaze.. Sob3~~

SEO dan Meta Tags - Rumitnya



SEO (Search Engine Optimized) dan Meta Tags adalah antara benda yang dikejar blogger dan pengusaha perniagaan online. Kenapa dikejar? Kerana memang dapat tingkatkan traffik dengan jayanya (andai dibuat dengan betul). Aku ada cuba belajar dan buat benda alah nie, dan hasilnya sebelum dan selepas tu ada beza. Namun, berjayanya benda tu andai aku taip keyword yang betul. Kalau taip keyword yang popular? Blog nie tenggelam dihempas blog2 yang lain. Haha memang agak menyeronokkan bersaing nie.

Aku ada membaca forum-forum yang menyatakan SEO ini, kita kena buat enjin carian menyukai kita. Ek? So banyak benda lagi kena belajar la, bukan hanya buat coding SEO dan Meta Tags, tapi kena arrange blog anda dengann baik. templetes dan widgets semua. Ya ke? atau dia sajer nak nyusahkan blogger baru macam aku nie.. Haha paling penting keyword la.. Banyakkan membaca- itu yang aku harus buat mulai sekarang. Good luck syeRagH!!

p/s: Ada sesiapa mau tolong ? Ahh!! study2!

Mach 6.. Superman pun xdapat kejar asanya pesawat nie..


Nampak pesawat kat atas tu? Lawa x? Boleh bilang brape banyak enjin dan terowong angin dia?
Pesawat X-51A nie masih dalam ujikaji sebenarnya, di ujikaji di California kalau x silap khamis lepas.. Pesawat tentera.. NAMUN prestasi beliau nie memang mengagumkan. Dapat bergerak dan memecut sehingga 6 Mach!! (7338 km/h).. Pesawat pejuang biasa purata 3-5 mach jer.. Haha lau ada duit aku nak beli pesawat nie. Korang xnak beli?
Senang2 je pi kutub, mnum segelas kopi da sampai.

Gajah itu hampir membunuh aku..


Gambar menunjukkan penempatan aku - tempat aku hampir gugur jantung.
Alkisah ini berlaku pada waktu praktikal aku baru2 nie.. Apa cerita dia? Aku menetap rumah kat atas nie.. dan untuk makluman kalian, rumah kat atas nie pakai generator sahaja. elektrik dari jam 7am until 1200am. Aku menetap bersama 2 staff yang lain, dan sorang lagi kawan praktikal aku. So, totally, 4 orang..
Nak dijadikan cerita, minggu kedua aku disini, berlaku kisah yang aku sendiri, kalau pikir sampai sekarang... Seram~~~ teramat seram. Apa yang terjadi?

Gajah melawat aku, dan andai dia jumpa aku, xmustahil dia pijak2 dan bunuh aku, huk2~~

Baik sungguh gajah tersebut ya.. Dia melawat pada jam 2-4 pagi, dan lawatan tersebut berlaku selama 3 hari.. Pergh!! gila aku rasa. Hari pertama yang aku nak cerita kat sinie.
  • Masa tu aku tengah online sorang2.. Sambil pasang radio kuat2. Tiba2 aku dengar benda pelik, macam benda besar dan bulu roma aku pun kejap diri kejap naik. Then, dengar lak pokok patah dan bunyi orang ( gajah sebenarnya) bertempik. Alamak!! Masa tu kalau aku toreh tangan aku dengan pisau, kompem x kuar darah. Ku sangkakan hantu pada awalnya. Apa yang aku lakukan? Trus aku matikan laptop secara paksa (Da x main shutdown2 nie ), aku pi kat dinding, dan mengucap panjang.. Bunyi pelik tu berlarutan dekat dengan berjam gak r. Masa sejam tu masa paling azab aku rasa. Nak kejutkan rakan, aku rasa xde pekdahnya pun, dia leh watpe. Baik aku layan takut sorang2.

  • Esoknya, aku ceritakn kat staff, dan diorang pun ada dengar, cuma xbrani lari kerana diorg dah tau itu memang gajah. Katanya.. kan lari, kena kejar, lagi cepat mati. Haha.. Dan bunyi gajah bertempik tu adalah kerana si ibu gajah marah sebab anaknya jatuh sungai masa nak panjat bukit yang menghala ke penempatan aku tu.. Kuat dowh dia bertempik. Dan bunyi yang pelik dan kuat tu adalah bunyi dia hancurkan rumah konsi mat indon, kira2 50 meter dari tempat aku tidor.. Nasib baik mat indon tu xde, lau ada.. maunya terkuchil!

  • Malam kedua dan ketiga kami ditemani oleh pegawai perhilitan, namun si Abang Besar tu tetap datang.. apa nak buat, sape boleh halang kan?
  • Ini adalah antara gambar yang aku sempat ambil selepas serangan gajah tu, ganas kan si Abang Besar nie..


Gambar rumah kongsi sebelum dan selepas kejadian




Gajah nak masuk duduk2 dalam umah nie kot~~

Gambar gading si gajah cucuk2 tong air.. Ingat bola ke?


P/s : Serangan gajah semacam polo kat kawasan nie.. Sungai lakit, Gua musang.. Lau Abang Besar nie datang, dia akan datang bertalu2.. lau x datang, dia xkan datang bertahun.. Gajah oh gajah.. kalau kau datang kat tempat aku tido, memang aku rasa aku kena pijak. Dan x mustahil membunuh aku.. Sob2.. Tuhan selamatkan aku.. Alhamdullilah~

It's a wild world!! - Acu cuba try dengar smeta..

"Wild World"

La...la...la...la...la
Now that I've lost everything to you
You say you want to start something new
And it's breaking my heart you're leaving
Baby I'm grieving

And if you wanna leave take good care
Hope you have a lot of nice things to wear
A lot of nice things turn bad out there
Oh baby, baby, it's a wild world
It's hard to get by just upon a smile
(yeah...) oh baby, it's a wild world
I'll always remember you like a child girl
You know I've seen a lot of
What the world can do
And it's breaking my heart in two
Coz I never want to see you sad girl
Don't be a bad girl
But if you wanna leave take good care
Hope you make a lot of nice freinds out there
Just remember there's
A lot of bad and beware
La...la...la...la...la...baby I love you.


P/s :Teramat suka muzic dan suara si andy nie. Nyanyian asal Cat Steven.. Lirik dia paling bermakna bagi aku. Nak dengar live? Ada sebelah atas kanan blog nie. Cekidout. Dah berpuluh2 kali aku ulang lagu nie. Maybe sesuai dengan mood aku sekarang kot. lol~~~

Pst.. Adik adik nie nak main ke nak gaduh?

Ini antara gambar yang aku sempat snap masa p satu sekolah menengah nie.. Kat Pengkalan Chepa -Kelantan . Time nie waktu pendidikan jasmani rasanya.. Yang x leh blah, player volleyball patutnya 12 untuk satu court. Tapi adik2 kita nie main sampai dkat 20 orang. Menyeronokkan lagi untuk ditengok, diorang main sambil jerit2.. Nak gaduh ke nak main dik? haha teringat lak time skolah2 dulu.. Bola satu. berpuluh2 kejar.

Debat ahli parlimen taik idung! - Kalau kamu x gelak, kamu x normal. haha




Cekidout~~ Memang lawak! Kredit kepada sape yang edit suara tu. haha

Indahnya gambar ini..


Maaf andai kamu x menyukai gambar ini, namun gambar ini memberi 1001 makna kepada aku.
Gambar yang diambil secara kebetulan di rumah sedara di Gua Musang, waktu pagi - berehat semasa dalam perjalanan balik dari konvo kakak aku.
Kenapa aku suka gambar ini?
  • Boleh dilihat kabus pagi dan sinar mentari pagi
  • Gambar yang asli, bukan action berlakon ke apa2
  • Ada susunan, dari mak aku yang paling rendah ke paling tinggi
  • Semua berkain sarung- memang real kampung. haha
  • Gambar ini dikira gambar curik, kakakku ambil dari belakang tanpa minta izin.
  • Papepun.. love this pict!! Love my family!!

Laptop Dell yang teramat lasak?


Nampak tak gambar netbook Dell kat atas? Buruk kan? Haha benda alah tu merupakan laptop kedua aku lepas laptop pertama, Hp Compaq- motherboard dia terbakar.
Nak dijadikan cerita, semalam laptop nie telah jatuh pada paras

4 kaki ( 4 feet) !!

Punyalah cuak aku, kot2 skrin pecah, join monitor patah ke apa. dahla jatuh time tengah guna, tersadung tangan masa nak ambik barang.. Pergh, lpas jatuh ambik, gosok2 jap, tiup2, restart, nseb baik ok. Alhamdullillah.. ok lagi laptop nie. Thanks Dell coz bagi aku netbook yang berkualiti!
Hidup Dell!!

p/s: Pasnie nak cari hp dell lak. ada jual x? senang nak campak2.. ngeh2

13 Mei 1969.. wajarkah dilupakan?


13 Mei - Sejujurnya aku mengetahui peristiwa ini sewaktu semester pertama aku di Universiti. Sebelumnya aku mengetahui tak mendalam, itupun melalui buku teks sejarah kalau tak silap. Persoalan sekarang.. Wajarkah 13 mei terus disenyapkan? Kenapa harus disenyapkan?


13 Mei 1969- Ramai yang sedia maklum terjadi akibat perbalahan kaum, terjadi akibat ketidakpuasan hati dalam keseimbangan ekonomi, dan keraian keputusan pilihanraya adalah klimak segalanya.. Aku ingin persoalkan disini, kenapa peristiwa ini semacam ditenggelamkan? Dan hanya diberi pendedahan kepada sesetengah pihak? Keranamenganggap pihak yang lain akan salah tafsir akan apa yang berlaku? mungkin.. mungkin ya, mungkin tidak..

Apa-apa pun, bagi pendapat aku, Peristiwa ini harus diketengahkan semenjak bangku menengah kerana :
  • Pergaulan antara kaum yang erat bermula pada masa ini
  • Daya kefahaman dan pemikiran remaja zaman sekarang sudah maju setapak lagi.
  • Keadaan dan perpaduan kaum sekarang dilihat lebih erat, maka tiada masalah untuk diberi kefahaman sewajarnya..
  • Mewujudkan persaingan ekonomi, harus diakui ekonomi Melayu masih tertinggal berbanding kaum lain, pemangkin dan penggerak minda secara halus harus dilakukan bagi mendekatkan jarak penguasaan ekonomi.

Kenapa tidak? Bukan untuk mengulangi sejarah, namun belajar dari sejarah..

3 perkara aku paling takut.. teramat takut!!

3 perkara ini, adalah mimpi yang paling ngeri dalam hidup aku andai ia berlaku, dan aku harap sangat-sangat ianya tak akan sesekali berlaku.. amin~~
  • Dibuang Keluarga
  • Kawan/Keluarga dirasuk hantu dan menyerang aku dengan niat membunuh. Oh Tidak!!
  • Isteri bermain kayu tiga dengan orang lain..
-Andai kata ini berlaku, memang hancur hidup aku. Dibuang keluarga, kemana harus aku pergi selepas itu. Paling aku ngeri diserang orang dirasuk, kekuatan dia berganda, dan even kalau kita nak attack dia balik, dia keluarga/kawan kesayangan kita. apa harus dibuat? Isteri bermain kayu tiga? Masyaallah.. aku sentiasa berdoa diberikan jodoh terbaik dan dihindarkan isteri macam nie.


p/s: Pernah menggigil ketakutan, gajah mengamuk kira2 200m dari rumah tempat aku tinggal msa praktikal - Lokasi : Sungai lakit gua musang. Lebih kurang pkul 3 pagi..Perasaan? ahh! kamu pikir sendiri. Gajah bertempik dan runtuhkan pokok durian dekat dengan kamu. pengalaman ngeri sangat2~~

World Cup.. Cikgu itu memang fanatik!


Setiap kali World Cup, mesti aku tersenyum sorang2.. Teringat sorang cikgu matematik aku masa form 4 n form 5. Fanatik bola dia nie.. Asal masuk kelas, cakap sal bola, ambik mood katanya,paling kurang 5 mnit sbelum ngajar. Paling aku ingt dia kecoh2 masa Senegal kalahkan France dulu, time tu World Cup 2002.Masa tu dia sokong Greece klau x silap..
Papepun, cikgu tu memang bagus.
100% A untuk subjek mate- rekod SPM 2002 malaysia tu.
Kenangan MRSM Beseri 2002
Dah 8 tahun kenangan berlalu..
Nama cikgu? x ingat, tapi rupa dia aku masih ingat..
Rambut cacak badan sasa, putih kuning kulit dia.
Hidup cikgu!!!
World Cup datang lagi cikgu!!
Moga anak muridmu kali ini dengar bebelanmu jugak.
Tabik sama Cikgu!!

maggi - kenapa aku addict?


Kenapa aku addict maggi?
  • Makanan time stay-up
  • Makanan time bosan makan nasik
  • Makanan time malas mask
  • Makanan time x ada duit
  • Makanan murah dan orang x akan perli
  • Makanan banyak perasa
  • Makanan hanya guna satu pinggan untuk masak
  • Makanan yang mempunyai kuah paling sedap!!
p/s : aku pernah makan 2 bungkus meggi kongsi 3 orang budak bilik- 4 ari berturut2. X ada duit punya pasal. sob2.. sedih2~~ kenangan masa belajar yang paling indah. meggi dan air kosong 4 ari beb~~ haha

Public Mutual - jumpa client di masjid.. ecece~~

Public Mutual adalah antara bidang business terawal yang aku ceburi.
Namun dah dekat 5 bulan aku tinggalkan benda nie, sebab praktikal dalam hutan (Lojing) , xde orang, orang asli ada r, then bank dan kemudahan pun xde. Namun arinie aku sambung balik buat benda nie. Yang bestnya, aku call customer nak jumpa,
then, dia ajak jumpa kat masjid, lpas semayamg zohor katanya..
Permulaan yang baik, kerana biasa aku jumpa client tmpat2 mkan, nie tmpat smayang. Sejuk hati aku~~ dia sign masa pkai kain pelikat. haha.. Semoga permulaan ini menjamin pergerakan aku dalam business unit amanah nie dengan jayanya.

Aku x bagi comittment spenuhnya pun kat benda nie, tapi income dia agak boleh tahan la. Salah satu sebab ialah aku malas cari pelanggan. Da la musim2 panas nie. Papepun- usaha tangga kejayaan.
Xdapat duit dari nuffnang, dapat duit dari nie pun ok gak. haha~~



Team!! Kamu terbaik!


Ini bukan pasukan belasahan..
Ini pasukan volleyball yang mantap..
Ditubuhkan seminggu sebelum tournament..
Tanpa coach dan jersi sponsor sendiri..
Walaupun dibelasah teruk, tiada siapa marah kami..
Malahan kami gelak sendiri..
Ini pentingnya ketiadaan coach..
Apa yang penting? Enjoy~~!!!


p/s: cuba teka mana aku..xkan jumpa kot. ngeh2~~

Andai Bung Mokhtar dipenjara 1 bulan..









Andai Mahkamah Rayuan tidak meluluskan rayuan Datuk Bung Mokhtar, apa akan terjadi?
  • Meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan?
  • Atau dipecat - menjaga imej parti?
Aku xtaula apa kputusan mahkamah, namun Bung Mokhtar antara orang yang paling lantang dalam sidang Parlimen, andai di penjara- haru jadinya..

Apa pandangan anda? Berani poligami tanpa izin?

Wahai blogger budiman..pengguna Netbook ingin bersuara..


Uishh. entry kali nie aku nak berleter skit. Aku jarang teramat blogwalking, tapi time blogwalking yang jarang tu, kadang2 aku terjumpa

ShoutBox @ Shout Mix yang boleh dihide..

aku bukan nak marah kat function nie, tapi nak bagi information sket..

Pengguna Netbook tak dapat tinggalkan jejak andai anda guna function itu!

Aku adalah antara pengguna netbook. So, harap blog korang friendly user la ek. hua2.. kdg2 xtau nak tnggal jejak ktner, tpaksa p comment entry yang entah pape..

Adios.. Luahan masalah diharap dapat perhatian..

Adios~~

Kawan! Seluar dalam tidak boleh dicuba / ditukar ya!


Idea berniaga yang bijak sekali. Walaupun risiko orang mencuba seluar dalam adalah rendah, namun risiko tetap risiko. atau ada orang pernah mencuba seluar dalam di kedai ini? maklumla orang asli ramai di Gua Musang. haha lokasi- Econ Jaya- Bandar Baru Gua Musang(sebelum pindah ke bangunan baru)

Oh Tidak! Ronaldinho tak join World Cup!


Ronaldinho tak terpilih join World Cup..
Aku antara peminat tegar mamat nie, antara sebab aku minat Brazil ialah kehadiran dia dann Robinho..
Hrmm.. Xdapat tengok freestyle la msa game World Cup nanti. Aduhai..
Papepun, Gud Lark Brazil!! Aku x memilihmu untuk menjadi juara Worl Cup kali nie
Pilihan aku? Sepanyol!!
Anda bagaimana?

Rumah anda lagi besar dari rumah MB Kelantan..

Majoriti di luar sana harus mengakui, rumah anda lebih besar dan selesa dari rumah MB Kelantan - antara MB paling berpengaruh di Malaysia.
  • Rumah beliau tiada pagar. Rumah MB lain?
  • Rumah beliau tiada pengawal.. Rumah MB lain?
  • Rumah beliau bebas dikunjungi bila2 masa.. Rumah MB lain?
  • Rumah beliau asalnya rumah papan.. Rumah MB lain?
  • Rumah beliau bersebelahan dengan masjid.. Rumah MB lain?
X usah bandingkan dengan rumah MB lain, rumah anda pembaca sekelian pun, rasanya lebih besar dari ini. Rumah begini tidak bermaksud beliau miskin, tidak bermaksud beliau sengaja meraih simpati, namun bermaksud beliau selesa dengan kehidupan rakyat, dan tiada protokol. anda ingin berjumpa dengan beliau? Datang ke Pulau Melaka.. Anda ingin berjumpa MB negeri lain? buat appoinmnet ya. Salam~~

Gay? Aku ada cerita menarik!

Gay? Tergelak aku tengok 999 di TV3 tadi.. Biasa tempat pelacuran je yang diserbu, tapi tadi tempat maksiat gay juga diserbu. Haha ada eh? aku xpnah tau pun kewujudan tempat macam nie. Ini sudah putar alam!
Aku pernah bersemuka 2x dengan mamat gay, dan diajak buat TUT!!!!. Demi Allah aku x layan diorang, tapi aku nak cerita jgak apa yang terjadi.

Gay 1: Mamat nie (mamat eh?) menegur aku masa kat Termninal 1 - Kat Seremban. Ingatkan nak tanya apa. borak punya borak, lama jugak la. Last2 dia ajak aku buat projek. Terkedu aku dalam hati. Pikir punya pikir cmner nak elak, aku cakap nak p cucuk duit jap, suh dia tnggu. Terus aku naik bas pegi Kuala Pilah (matrix aku msa tu). then lama lpas tu aku tengok mamat tu pusing2, cari aku kot, msa bas tu btolak p Kuala Pilah. Bukan aku takutkan mat gay tu, tapi itu kawasan dia, kan aku herdik, maunya mai geng2 gay dia x ke haru.. Da la aku sorang2 perantau msa tu.

Gay 2 : Masa nie aku gi Saloon nak pi gunting rambut. Masa gunting tu dia start urut2 bahu aku. aku biar je.. Selesa. Da siap gunting, pap, dia mai dah perangai dia, tangan dia merayap kat tmpat lain lak. Aku naikkan suara, dia terdiam, aku bayar RM10, terus blah. ckup ke x aku x tau. haha tapi gila jgak la. Seram.. Aku cerita kat awek aku msa tu, dia ckap nper x layan je.. haha ada ke minah tu perli aku cmtu.

Sekians~~
Hati2 dengan gay k!! Gay is Gilo!!

Kenapa saya suka 19 Mei?

Kenapa saya suka 19 Mei?
Kerana ramai orang akan senyum kat saya..

Kenapa saya suka 19 Mei?
Kerana ramai akan ingat saya..

Kenapa saya suka 19 Mei?
Kerana saya akan dapat hadiah..

Kenapa saya suka 19 Mei?
Kerana saya yakin saya makin matang..

Kenapa saya suka 19 Mei?
Kerana ramai kawan lawa akan contact balik..

Kenapa saya suka 19 Mei?
Kerana saya rahu saya akan diPrank..

Kenapa saya suka 19 Mei?
Kerana ianya
Birthday saya!!

Thanks kepada kawan2 yang wish! Thanks sangat2!!




UUM memang power..beat UiTM


Berkesempatan menyaksikan perlawanan yang agak menarik tadi yang dilansungkan di Stadium Rakan Muda Kangar, Perlis.. Diakui ramai bahawa UKM dan UiTM adalah kuasa besar dalam volleyball lelaki, kerana majoriti pemain negara Malaysia berada disini. Namun hari ini aku agak teruja, UiTM dikalahkan UUM!!
UUM menampilkan permainan trick dan strategi yang agak bagus.. haha kalaula aku berada didalam team UUM.. Alangkah syoknya.. variasi permainan yang menarik.

Najib pakai serban?


Kalau PM kita tiba2 berubah menjadi personaliti mcm nie, agak2 apa reaksi korang ya?
PRU 13 nanti boleh menang x?

Kawan... kamu boleh tlg saya x? Duit dalam ATM lesap


Kawan diluar sana.. Boleh tolong x?
Cerita dia macam nie..
  • Aku memasukkan kad ATM BSN aku untuk mengeluarkan duit, xdela banyak namun ckupla untk bekalan seminggu aku.
  • Smuanya berjalan baik, tapi bila masa mesin tu nak kuarkan duit, tiba2 dia hang.. Then x lama lpas tu, kad ATM aku ditendang keluar. Serentak dengan itu, kuar perkataan
OUT OF SERVICE


Aku p check kat ATM lain, then duit yang aku nak keluarkan tadi lesap dalam rekod!! Maknanya duit aku hilang!

Macam mana nak buat ya?
Ada sesiapa yang dapat menolong?

Eh? Pakatan Rakyat menang? Paper tak bgtau eh?

Font sizeAlign CenterOwh~~!! Pakatan Rakyat menang.. Tahniah2~~ Tapi kenapa berita dia tak keluar besar2 macam kat Hulu Selangor haritu ya? Masih aku ingat ayat itu di Utusan Malaysia..

PKR Tumbang

Cuma bila Barisan Nasional kalah, kenapa tidak keluar tajuk besar-besar;

Barisan Nasional Tumbang

ataupun

Barisan Nasional Rebah


Kenapa ya? hurmm~~


Umur da nak masuk 23.. tapi..satu aset pun xder!!

Kali ini aku mengeluh untuk diri sendiri.. Untuk menyedarkan diri sendiri..
Asraf!! Umur kau dah 23 tahun.. tapi apa aset yang kau ada? Apa perancangan masa depan kau? Sejujurnya umur 23 tahun sudah agak lewat untuk merancang, umur 23 tahun adalah umur yang sesuai untuk melaksanakan..!!
Ya, kau memang merancang, tapi adakah ia berjaya??
Usaha lagi wahai Asraf Fizree!! Jangan hanyut dibuai angan2 yang menggunung!! Berpijak di bumi nyata.. kamu graduan? Berpuluh ribu lagi graduan di luar sana! kamu hanya 1/200000 dari mereka!
Umur 23 tahun ini gunakan sebaiknya.. biar umur 24 kamu tersenyum!!
Hidup ini hidup kamu, bukan hidup kawan kawan kamu!
Usaha lebih sket! Kamu dah makin tua! perjalanan masih panjang wahai Asraf Fizree!!
Jadikan Umur 23 tahun umur paling berharga kamu..!!

Ragbi Uitm beat UPSI.. Tahniah2~~


Just short entry.. Arinie berkesempatan menyaksikan perlawanan antara Uitm melawan UPSI, UPSI dikalahkan oleh Uitm 41 berbalas 0. Tahniah Uitm, korang memang power, next match ialah University aku bertemu UPSI pulak.. haha gud lark to team ragbi~~!!!

Kamu..kamu..dan kamu.. pernah dengar lagu nie?

Artist : Aris Ariwatan
Title : 1234

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi
Dia yang satu

Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga
Kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan
Setianya ayah

Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu..
Beza antara Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau peroleh bahagia
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara

P/s : Antara lagu yang aku suka dengar time aku tgh down.. leh naikkan semangat aku.. Cuba2 r dengar ya kawan..

Oh Tidak!! Handphoneku tercicir lagi!!

Handphoneku tercicir lagi!! Aduhai.. da banyak kali nie. jganla ko buat hal wahai handphone. aku da x de duit nak beli yang baru.
Al kisah semalam aku kuar makan, mybe tertinggal dalam bas atau kedai.. tapi apa apa pun aku harap dapat jumpa balik handphone aku tu. aku dah pokai~~ da la handphone baru pakai 1 bulan tu.

Handphone.. Harap kau kembali!!!
Tengcionn~~!!

Owh.. Perlis..kau buat aku lapar..

Nak dijadikan cerita.. semalam aku dan team kluar mencari makanan di sekitar bandar perlis. Pusing punya pusing~~ x jumpa. Banyak tempat jumpa namun setiap tempat ada masalah :
  • Tempat first, condition dia x lawa, x bersih..
  • Tempat kedua, Xde parking ( coz kitaorg kuar pkai bas)
  • Tempat ketiga , ( dah siap2 trun semua, then mak cik tu cakap, dik, makanan dah habis)
  • Tempat2 lain .. Kecik dan xdpt tampung ahli kami yang seramai 50 org lebih..

Last2 pak cik driver p bandar alor star, dan cari kedai mamak.
Haha perjalanan mencari nasi bermula jam 8.00 sampai 10.30 baru jumpa kedai. owh perlis~~
Kami perantau yang x biasa dengan suasanamu.

Siapa ahli Majlis Setia Rakyat? Mana pejabat pentadbirannya? Mana webnya?


Ingin aku menulis tentang isu istana Kelantan. Tetapi aku tidak berani kerana siapalah aku untuk berbicara panjang tentang isu istana dan Kerabat Diraja Kelantan, sedangkan Nik Abdul Aziz berdiam diri, patutlah aku juga tidak membincangkan perkara ini.

Namun

Mari kita menjengah disebalik fakta fakta yang telapun dikeluarkan oleh akhbar, dan mari kita berfikir mengikut cara pemikiran kita sendiri..
  • Majlis Setia Rakyat - Semalam keluar kenyataan akhbar yang mempertikaikan kenapa Menteri Besar Kelantan tidak mahu campur tangan didalam krisis istana. Soalnya disini, aku ingin bertanya, siapa keahlian Majlis Setia Rakyat? Aku juga rakyat yang setia namun aku menyokong tindakan tidak campur tangan MB Kelantan.
Siapa ahli Majlis Setia Rakyat? Mana pejabat pentadbirannya? Mana webnya?
  • Jawatankuasa bertindak rakyat Kelantan juga membuat laporan polis begi menggesa pihak berkuasa membuat pemantauan menyiasat dakwaan dan mengambil tindakan sepatutnya terhadap pihak-pihak yang cuba menimbulkan suasana tidak tenteram seperti mana yang dibuat oleh Azaha Abdul Rani dari Majlis Setia Rakyat.
Jadi.. apa pendapat anda?

Ada juga web yang saya lihat pro kepada Tengku Temenggong Kelantan. cekidout!

http://rakyatkelantan.blogspot.com/

Sumber penulisan :
http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story7638544.asphttp://www.sinarharian.com.my/com/content/story7687864.asp
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0514&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm
http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story7255098.asp

Owhh.. Aku mabuk..


Oh.. Aku mabuk.. Bukan mabuk minum arak, tapi mabuk kenderaan. hua3~


Nak dijadikan cerita arinie aku menempuh perjalanan yang agak jauh, dari Kelantan menuju ke Perlis. Perjalanan jauh bukanla masalah bagi aku, tapi keadaan bas itu sendiri.. huk2~~
Kenapa aku mabuk?
  • Pemandu bwak bas lemah longlai.. masuk highway jeli- gerik tu boleh smpai terangkat tayar dia bawak. gila r.. Nak termuntah aku.
  • Bukan aku sorang yang mabuk, majoriti.. ada penumpang yang siap muntah dalam bas, tapi nasib baik dalam plastik. hak2~~
So.. pengajaran dari kejadian :
  • Beranilah pi lempang driver andai dia bwak melulu masa lalu jalan berbukit, andai anda x mau muntah.
  • Bawak plastik bersama andai anda tidak yakin dengan kekuatan perut anda menahan makanan dari kuar.
HUa2~~ aku mabuk. skrg baru je sampai perlis dan aku nak tido!!

Bahasa Jiwa Bangsa... Tapi kalau mcm nie apa cerita?

RANHILL - Kerani buat hal, orang bagi contoh ringkasan nak sruh dia x silap taip, tapi tengoklah apa yang dia tulis.. Rumah Ayam Nasi Holland Itek Lain.. Pening rasanya posemen itu.
Kakak saya cantik macam Marilyn Monrae.. namun dia mati sebab kena langgar dengan motor enjin 50cc datuk saya. hua2~~





Apa Kejadahnya ini? Maka saya pun pelan2 gustan? Kelantan ke budak nie? huk2 malunya..


p/s.. Janganlah ini berlaku ke atas adik2/anak2 anda. Bahasa Jiwa Bangsa. hahaha~~

Jom Amuk!!


Maka bermulalah perjalanan hulubalang-hulubalang UMK bergerak ke Uitm Perlis esok. Dengan kekuatan yang tidak seramai mana, kami akan mengamuk dan menewaskan Universiti universiti besar yang lain. Haha insyaallah kalau diizinkan
Team volleyball aku akan berhadapan dengan UTM dan UPM.. perghh!! Univrsiti gergasi tu, klau compare dengan u aku yang baru stahun jagung nie, namun apa2 pun boleh jadi dalam game.
apa2 pun..
LAWAN TETAP........LAWAN!!!!!!!!!!
Doakan kami pulang tanpa kecederaan. hua2~~

Cinta Bangla sungguh setia!!

Sebuah kisah yang menarik untuk dikongsikan..
Berkenalan dengan seorang bangladesh yang amat setia dengan isterinya.
Kenapa dikatakan setia?
Bekerja keras harian di ladang, mendapat gaji lebih kurang RM1000.. dan? menghantar RM 900 kepada isterinya. amat mengejutkan aku.Menu hariannya, hanya memakan ubi, dan kadang2 pergi menangkap ikan di sungai. Duit RM100 itu kebanyakannya digunakan untuk menelefon isterinya.
Oh setianya cinta si Bangla...

Gambar ini diambil sempena ulang tahun perkahwinannya,untuk diposkan kepada isterinya.. Menarik pemakainnya bukan? Mengalahkan bos. Berkasut sukan, tuck in, berkemeja dan rambut sikat kemas. Respek sama cinta kamu bangla!!

















Jom download cerita Adamaya


Berminat sangat-sangat dengan cerita Adamaya? Ada tertinggal episod dia? Meh2 snie saya bagi link member sorang dia, msuk web dia, then download je. Enjoy it!!

http://rekrazie.tumblr.com/tagged/Adamaya

p/s - Saya da download,Gambar ok, format flv. dan suara pun ok, cuma x kuat sangat mcm kat tv tu laa.. try it..:)