Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

Gajah itu hampir membunuh aku..


Gambar menunjukkan penempatan aku - tempat aku hampir gugur jantung.
Alkisah ini berlaku pada waktu praktikal aku baru2 nie.. Apa cerita dia? Aku menetap rumah kat atas nie.. dan untuk makluman kalian, rumah kat atas nie pakai generator sahaja. elektrik dari jam 7am until 1200am. Aku menetap bersama 2 staff yang lain, dan sorang lagi kawan praktikal aku. So, totally, 4 orang..
Nak dijadikan cerita, minggu kedua aku disini, berlaku kisah yang aku sendiri, kalau pikir sampai sekarang... Seram~~~ teramat seram. Apa yang terjadi?

Gajah melawat aku, dan andai dia jumpa aku, xmustahil dia pijak2 dan bunuh aku, huk2~~

Baik sungguh gajah tersebut ya.. Dia melawat pada jam 2-4 pagi, dan lawatan tersebut berlaku selama 3 hari.. Pergh!! gila aku rasa. Hari pertama yang aku nak cerita kat sinie.
  • Masa tu aku tengah online sorang2.. Sambil pasang radio kuat2. Tiba2 aku dengar benda pelik, macam benda besar dan bulu roma aku pun kejap diri kejap naik. Then, dengar lak pokok patah dan bunyi orang ( gajah sebenarnya) bertempik. Alamak!! Masa tu kalau aku toreh tangan aku dengan pisau, kompem x kuar darah. Ku sangkakan hantu pada awalnya. Apa yang aku lakukan? Trus aku matikan laptop secara paksa (Da x main shutdown2 nie ), aku pi kat dinding, dan mengucap panjang.. Bunyi pelik tu berlarutan dekat dengan berjam gak r. Masa sejam tu masa paling azab aku rasa. Nak kejutkan rakan, aku rasa xde pekdahnya pun, dia leh watpe. Baik aku layan takut sorang2.

  • Esoknya, aku ceritakn kat staff, dan diorang pun ada dengar, cuma xbrani lari kerana diorg dah tau itu memang gajah. Katanya.. kan lari, kena kejar, lagi cepat mati. Haha.. Dan bunyi gajah bertempik tu adalah kerana si ibu gajah marah sebab anaknya jatuh sungai masa nak panjat bukit yang menghala ke penempatan aku tu.. Kuat dowh dia bertempik. Dan bunyi yang pelik dan kuat tu adalah bunyi dia hancurkan rumah konsi mat indon, kira2 50 meter dari tempat aku tidor.. Nasib baik mat indon tu xde, lau ada.. maunya terkuchil!

  • Malam kedua dan ketiga kami ditemani oleh pegawai perhilitan, namun si Abang Besar tu tetap datang.. apa nak buat, sape boleh halang kan?
  • Ini adalah antara gambar yang aku sempat ambil selepas serangan gajah tu, ganas kan si Abang Besar nie..


Gambar rumah kongsi sebelum dan selepas kejadian




Gajah nak masuk duduk2 dalam umah nie kot~~

Gambar gading si gajah cucuk2 tong air.. Ingat bola ke?


P/s : Serangan gajah semacam polo kat kawasan nie.. Sungai lakit, Gua musang.. Lau Abang Besar nie datang, dia akan datang bertalu2.. lau x datang, dia xkan datang bertahun.. Gajah oh gajah.. kalau kau datang kat tempat aku tido, memang aku rasa aku kena pijak. Dan x mustahil membunuh aku.. Sob2.. Tuhan selamatkan aku.. Alhamdullilah~