Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

13 Mei 1969.. wajarkah dilupakan?


13 Mei - Sejujurnya aku mengetahui peristiwa ini sewaktu semester pertama aku di Universiti. Sebelumnya aku mengetahui tak mendalam, itupun melalui buku teks sejarah kalau tak silap. Persoalan sekarang.. Wajarkah 13 mei terus disenyapkan? Kenapa harus disenyapkan?


13 Mei 1969- Ramai yang sedia maklum terjadi akibat perbalahan kaum, terjadi akibat ketidakpuasan hati dalam keseimbangan ekonomi, dan keraian keputusan pilihanraya adalah klimak segalanya.. Aku ingin persoalkan disini, kenapa peristiwa ini semacam ditenggelamkan? Dan hanya diberi pendedahan kepada sesetengah pihak? Keranamenganggap pihak yang lain akan salah tafsir akan apa yang berlaku? mungkin.. mungkin ya, mungkin tidak..

Apa-apa pun, bagi pendapat aku, Peristiwa ini harus diketengahkan semenjak bangku menengah kerana :
  • Pergaulan antara kaum yang erat bermula pada masa ini
  • Daya kefahaman dan pemikiran remaja zaman sekarang sudah maju setapak lagi.
  • Keadaan dan perpaduan kaum sekarang dilihat lebih erat, maka tiada masalah untuk diberi kefahaman sewajarnya..
  • Mewujudkan persaingan ekonomi, harus diakui ekonomi Melayu masih tertinggal berbanding kaum lain, pemangkin dan penggerak minda secara halus harus dilakukan bagi mendekatkan jarak penguasaan ekonomi.

Kenapa tidak? Bukan untuk mengulangi sejarah, namun belajar dari sejarah..