Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

Pendidikan Sexs, Zina dan Sexs Bebas

Buku Rekod Pelajar

Bahasa Inggeris : C
Pendidikan Islam : C
Bahasa Melayu : B
Matematik : D
Pendidikan Sexs : A

Ibu : Adik, nape teruk sangat result?
Anak : Susahla mak, cikgu ajar susah, adik x minat
Ibu : Dah tu Pendidikan Sexs dapat A nape?
Anak : Adik minat, syok belajar. Selalu buat study group subjek nie.

Hoh? Mungkinkah akan berlaku situasi diatas? Pendidikan sexs. Owhh!! Kenapa hendak diajar, dan setakat mana pengajarannya? Apakah sexs itu perlu di ajar secara detail? Ada orang cakap bila pengajaran sexs dilakukan, ia akan mengajar lebih kepada baik buruk sexs, cara mengelakkan pembuangan bayi, kesan dan akibat sexs dan ianya mampu kurangkan masalah pembuangan bayi. yeke? Silibus dah keluar ke?

Walau apa pun pandangan orang.. ini pandagan aku. Kenapa Pendidikan Sexs? Kenapa tidak Pendidikan Mencegah Sexs? Kenapa tidak Pendidikan Zina kerana sexs dan zina itu dua liputan berbeza.Zina lagi luas pengertiannya. Kenapa, kenapa dan kenapa?

Aku tidak pernah belajar pendidikan sexs, namun aku mengetahui serba sedikit tentang sexs, dan tolong jangan menyucikan diri anda dengan menyatakan anda tidak tahu tentang sexs. Sexs semasa aku bersekolah di ajar didalam beberapa subjek. Keburukan dan kehinaan sexs bebas dalam Pendidikan Islam/Moral, Organ sexs, kitaran pusingan subur dan sebagainya semasa mata pelajaran biologi. Semua orang mengetahui tentang sexs, namun bila pengkuhusan dilakukan, nampak semacam janggal. Apa dalam Pendidikan Islam/ Moral, pengajarannya tidak cukup? Bila kita berbalik kepada agama, semua akan menjadi jelas dan nyata. Tiada agama yang menggalakkan sexs bebas, tiada agama yang mensyorkan kezaliman kepada bayi.

'Pendidikan Sexs di sekolah semacam mengajar pencuri bagaimana mencuri dengan tepat dan sistematik'


Walau apapun tindakan kerajaan, NGO, - kesedaran kepada ibu bapa perlu diutamakan. Bagi aku, pendidikan secara berhemah dirumah mampu mengekang banyak benda tidak bermoral. Segala macam pendedahan diluar sana. Internet 24 jam, malahan andai anda masih ingat dahulu, ada pelajar sekolah rendah yang melakukan sexs oral dibawah meja. ini realiti zaman sekarang.. Video lucah semacam goreng pisang, maaf tapi realiti sekarang, kanak-kanak seawal darjah 5 sudah pandai menonton benda haram ini.

Konklusi? Aku tidak membantah dan tidak menyokong Pendidikan Sexs, namun kewajarannya harus diteliti, kerana bagi aku. memperbaiki,memperkemaskan dan memasukkan input baru tentang baik buruk, pencegahan dan segalanya yang dirasakan wajar kedalam Pendidikan Islam/Moral adalah lebih baik.
Tepuk dada tanya hati, kerana anak anda akan menempuhi.


P/s : Tepuk tangan tidak bermakna bersetuju dengan pemimpin.
Zina..Tahukan anda tentang istilah ini. Nik Abdul Aziz menyarankan agar Sexs Bebas ditukarkan perkataan kepada zina. Bagi aku, bila istilah BABI ditukar kepada KHINZIR kerana jijik, kenapa tidak Sexs Bebas kepada Zina?


Kenapa dan kenapa? Pandangan anda bagaimana?