Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

MLM - Multi Level Marketing Malaysia , Apa kejadah wei!!



Apa MLM? Multi Level Marketing. Boleh kaya ke? Boleh2~~!! Berapa lama nak kaya? Dalam 2-3 bulan pun boleh dik..

Terdetik aku untuk menulis entry ini, setelah aku melihat gelagat geng2 nie closing pelaggan di sebuah kedai mamak di KB. Macam2 reaksi aku boleh lihat, ada yang macam marah, ada yang berminat, ada yang terus balik.

Pernahkanh anda menyertai atau diajak mendengar presentation MLM? Apa perasaan anda? Biasanya situasi dia akan berlaku macam nie :
  • Diajak rakan lama untuk minum air - Malam biasanya
  • Sampai disana, akan ada ramai orang, biasanya lebih 5 orang berkumpul
  • Bersalaman semacam sudah lama berkenalanmesra
  • Berborak2 kosong dalam 10 minit..
  • Si watak utama mula bercerita pasal produk dia
  • Mulala bercerita diawangan- kaya, dapat duit berpuluh2 ribu.
Aku cukup menyirap andai di ajak ke closing MLM. Bukan apa, kerana biasanya si pengajak tidak akan bagitau apa motif diajak keluar, dan ada juga yang bagitau, nak bincang bisness sikit.
Last2.. Penerangan cukup lama, namun apa yang aku dapat hanyalah minum segelas air, dan ilmu yang bagi aku hanya menguntungkan upline..

Trademark MLM? bawak kereta mewah semasa jumpa prospek.. Pakai pakaian mahal, semacam sudah mewah dan ingin melihat rakan2 juga mewah bersama, tidak mahu melihat rakan susah, dan berniat menolong. Bila sudah masuk? Kawan entah kemana, duit entah kemana. Tolongla!!