Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

Pengalaman aku dan harimau hutan Siri 1

Kembali meneruskan penulisan blog dengan penulisan bersiri.
Kali ini berkisar pengalaman aku dengan harimau, bukan bohong dan bukan omong kosong,
ini adalah salah satu kisah semasa aku menjalani latihan industri di Jeli.
Percaya atau tidak, aku menjumpai tapak harimau yang masih baru selama 2x sepanjang sebulan di Jeli!
  • Menemui kali pertama semasa memasuki hutan baki membaiki paip saliran tanaman, perasaan masa itu memang teramat takut, namun pekerja disana menyakinkan aku bahawa harimau tidak akan menyerang manusia tanpa sebab.
Kali kedua semasa aku masuk kedalam hutan bersama seorang rakan, bagi , menghilangkan bosan pada awalnya.
NAMUN
di pertengahan jalan, aku menjumpai berbelas tapak kaki harimau, mungkin dia memburu atau bermain2 disitu. Tanpa sepatah kata, seakan mengerti, kami masing2 pulang, dengan langkah teramat laju. (x berani lari kerana takut membuat bising) - takut disedari harimau. hua3~

Dibawah ini adalah salah satu gmbar tapak kaki harimau, original punya, harimau malaya atau harimau kumbang, aku xpasti. Nampak kecik dari gambar, namun ukuran sebenar sebesar tapak tangan seorang remaja. pergh!! boleh kamu bayangkan sebesar mana si pemiliknya?


Perasaan masa menjumpai tapak? hanya allah yang tahu. Namun dimaklumkan oleh staff pkerja bahawa kemungkinan adalah harimau yang merayau2, dan biasanya akan menjauhkan diri bila terbau manusia.
Nak tahu lebih lanjut pasal harimau?
ikuti siri Aku dan Harimau- Fakta/mitos tentang harimau siri 2.
Mengisahkan tentang mitos/fakta tentang harimau dan bagaimana menghadapi harimau bila terserempak.Berdasarkan penceritaan peneroka hutan.
Jumpa dalam siri seterusnya.
c ya!