Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

“Take calculated risks. That is quite different from being rash.”

Cerita 1
 Aku berkenalan rapat dengan seorang usahawan wanita. Masih seorang gadis - sudahpun mempunyai satu butik tudung dan batik di Kota Bharu. Masih muda - baru berumur 23 tahun. Dijadikan satu cerita awal tahun nie - Januari - beliau mengajak aku menyertai program Clixster - Talian komunikasi baru yang akan diperkenalkan pada bulan 6 ini. Peluang yang amat cerah pada aku - Namun menjadi penghalangnya modal diperlukan terlalu besar - 100k. Aku termenung panjang mengenangkan modal itu. Beliau mengajak aku membuat pinjaman dengan SME bank - Aku menolak. Dan aku cakap maaf - aku x mampu join beliau kerana risikonya terlalu besar. Beliau bergerak dengan geng beliau yang lain. 
Sempat bertrmu dgn beliau minggu lepas pada satu majlis graduan Tunas Mekar - berborak2. Beliau berjaya mendapatkan pinjaman 100k dari SME Bank, dengan kertas kerja yang terlalu detail - bnyak kali ditolak oleh SME Bank, namun akhirnya berjaya. - dan skrg sibuk dengan set up kedai - Dengan kadar sewa dalam 4k sebulan - ditengah bandar Kota Bharu. Aku kagum dengan beliau - sangat kagum - Berani ambil risiko - dan manage risiko itu dengan bijak. - Aku x seberani beliau - Dia selangkah ke depan dari aku. 
Mendoakan beliau berjaya.





Cerita 2
Berbual2 dengan student tadi - bersama lecturer lain. Anak orang kaya-kaya. Beliau akn menghabiskan pengajian dkat kolej x lama lagi. Beliau diberi 20k oleh papa beliau untuk memulakan perniagaan.
Beliau memilih untuk memulakan perniagaan kedai makan. Kedai makan yang kitaorg tgh berbincang.
Kadar Sewa 4k sebulan
Gaji pekerja 2k
Aku termenung panjang mendengar cerita beliau.. Aku nak nasihatkan dia supaya buat bisness lain kerana mustahil dia dapat survive dengan modal bnyak tu, dan sewa yang tinggi. Tapi aku berfikir lagi, bapa dia ahli perniagaan , mustahil ayah dia xtau risiko itu. Atau ayah dia saja nak tengok performance dan ability anak dia. Aku hanya mampu bagi nasihat kat budak tu, try adjust dengan papa kamu 50k, sbb nak rolling susah klau stakat 20k. Dan sruh dia tumpukan bkak kedai msa Euro 2012, dan waktu bkak puasa nanti - in case nak pkenalkan kedai tu pda org ramai. Kedai itu aku tgk segan hidup mati x mau, so x heran tokey tu nak lepaskan kedai tu bagi sewa.
Aku nak nasihat lebih x berani, kerana ayah dia lagi tahu. Syarikat bertaraf besar - Apala sngat bagi 20k kat anak nak sruh kenal alam perniagaan kan?


Dan skrg aku berfikir
Mindset aku dah jadi penakut ke? 
Dah jadi selesa sebab didalam keadaan makan gaji
Income cmfirm  masuk

Atau aku terlalu berfikir tentang risiko
Sampai risiko sedikit besar aku terus menolak

Aku kena bnyak bersendirian 
Buat halatuju hidup balik