AWAK JANGAN TOLAK PAHALA PERCUMA ASRAF
BONUS PAHALA PERCUMA - JANGANLA TOLAK
Itu kata2 yang bagi aku semangat smpai sekarang
Kata2 dari seorang rakan senior yang dah berumur 40-an
Yang bnyak guide aku kenal dunia skrg.
Mcam mana ayat tu terhasil?
Aku menyuarakan hasrat untuk bekerja diluar negeri
Nak kenal dunia luar kata aku
Terlalu lama aku terperuk kat negeri sndiri, blaja kat negeri sndiri, dan kerja kat negeri sndiri.
Dia bertnya balik kepada aku - parent aku skrg stay dgn sape?
Aku bgtau stay dgn aku, dan bila aku keluar nanti, mybe diorang hanya berdua
Adik beradik aku akan melawat diorang skali skala.
Dia tnya kepada aku - KENAPA KAMU NAK TOLAK PAHALA PERCUMA?
Tuhan dah bagi kamu peluang untuk berbakti kepada ibu bapa kamu
Tuhan dah bagi kamu tempat kerja yang dekat dgn rumah kamu
Kenapa nak pergi jauh?
Kenapa xnak ambik masa nie menabur bakti kepada mereka sementara mereka masih ada.
Kenapa x ambik masa nie gembirakan mereka sebaik mungkin
Kenapa x ambik masa nie balas budi mereka membesarkan kamu
Kenapa x ambik masa nie hiburkan hari tua mereka
Umur mereka dan nak 70-an.. x mustahil 1,2,3,4-10 tahun lagi mereka tiada
Ambik la peluang nie. xlama pun
Nanti kamu akan kawin, kamu akn sibuk dgn anak isteri
Sementara masih ada peluang nie, stay dulu dgn mereka
Berikan yang terbaik untuk mereka
TUHAN NAK TOLONG KAMU
BONUS PAHALA PERCUMA DENGAN BERBAKTI KEPADA MEREKA
X LAMA.. 5-10 ATAU 20 TAHUN JE
BUATLA SEBAIK MUNGKIN
KERANA ALAM GHAIB KITA BERJUTA2 TAHUN LAGI
MASA BEBERAPA TAHUN NIE
GUNALA MASA SEBAIK MUNGKIN UNTUK BERBAKTI
KUMPUL PAHALA
UNTUK BEKALAN KITA DI HARI AKHIRAT NANTI
Aku ingt sbijik2 kata2 dia.
Terkedu jugak aku
Aku bersyukur dibagi peringatan awal2
Aku xnak tergolong dlm kalangan yang habis belajar, beristeri, dan terus keluar
Tiada masa parents bersama kita
Dalam hati kecil mereka mesti ada kemahuan untuk bersama anak
Untuk merasa dihargai
Untuk merasa disayangi
Untuk merasa bangga melihat kejayaan membesarkan anak2
Dan untuk kita
Ingatlah
PARENT ADALAH JALAN PALING MUDAH UNTUK MEMBUAT PAHALA
APALA SANGAT 5-10-15 TAHUN BERBAKTI KEPADA MEREKA
BERBANDING DENGAN KEHIDUPAN KEKAL ABADI DI AKHIRAT NANTI
TERIM KASIH ALLAH
KERANA HANTAR SESEORANG UNTUK SEDARKAN AKU