Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

Surat terbuka untuk pak cik

Pak cik..
Apa khabar kamu disana? Harap sihat sahaja..Pak cik, ingin aku meluahkan perasaanku disini. Pak cik, andai kamu ingin menolong, tolongla dengan ihklas. Aku hargai pertolongan kamu, tapi biar bertempat.. 3 hari lepas aku ada meminta pertolongan pak cik-pak cik di bandar kota bharu.. bertanyakan dimana pusat urut tradisional urutan kaki.. Ramai pak cik yang menolong..

Namun..
Pak cik, semua arah yang pak cik tunjukkan semuanya tipu. aku bertanya kepada 4 orang pak cik disana..

Pak cik pertama menyatakan tempatnya dikaki lima Pasar Siti Khadijah. aku pergi mencari dan tiada..
Pak Cik kedua ditanya oleh aku, menyatakan berada di tingkat dua, aku kesana, namun tiada juga..
Pak cik ketiga ditanya, menyatakan berada berdekatan dengan stesen bas, aku kesana dan tiada juga..
pak cik keempat ditanya, dan menyatakan lokasinya berada di hadapan masjid muhammadi, aku kesana dan tiada juga..

Bukan aku nak marah, namun andai pak cik xtau kat mane tempat tu cakapla xtau, janganla mencuba untuk buat tau, kesian cucumu disini. pak cik, terima kasih lerana cuba menolong, kakiku dah diurut dengan perjalanan jauh mencari tempat mengurut kaki..

Sekian..

Yang benar..
pemuda hampa