Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

Pemansuhan UPSR dan PMR - Relevenkah ? - Pandangan peribadi aku..

Dulu..
  • Aku pandai membaca dengan lancar bila memasuki tahun 2.
  • Aku mula belajar mengenal dan bermesra dengan komputer semasa tahun 4
  • Aku belajar serius untuk PMR hanya bila masuk Tingkatan 3
  • Aku rasa aku belajar benda sama semasa darjah 2,3 dan tingkatan 1,2..

Sekarang anak-anak...
  • Sudah pandai membaca dengan lancar masa pra/tadika.
  • Belajar menaip dan mengenal komputer seawal darjah 1
  • Belajar apa yang aku belajar darjah 5 semasa mereka darjah 3 (Science)
  • Belajar dalam English seawal darjah 1, aku dulu semasa form 4-5.
Diakui.. budak2 sekarang memang bijak. Andai masih ingat, dulu pernah diwujudkan PTS, yang membolehkan pelajar yang lulus ujian terus dari darjah 3 ke darjah 5, dan ramai lulusan PTS ini berjaya sampai sekarang.

Relevankah pemansuhan UPSR dan PMR?
  • Bagi aku amat2 releven.. Peperiksaan PMR bagi aku harus dipercepatkan dan UPSR harus dihapuskan terus. Kenapa? Peperiksaan PMR adalah untuk menentukan bidang sains atau sastera bagi pelajar, dan pelajar hanya mempunyai masa 2 tahun (Tingkatan 4 dan 5) untuk belajar dalam aliran tersebut sebelum melangkah ke IPT. Masa yang bagi aku singkat dan tekanan yang agak tinggi bagi mereka kerana harus belajar 11 subjek dan harus semuanya score A.
  • UPSR? Tiada apa yang istimewa tentang peperiksaan ini, hanya untuk menentukan kemasukan ke SBP dan MRSM. Laporan akhbar telah menyebut andai penstrukturan UPSR dan PMR dilakukan, maka penstrukturan semula bagi kemasukan ke SBP dan MRSM juga akan dilakukan. Tiada masalah akan berlaku.
  • Ramai yang menyokong usaha ini, dari NGO dan juga tokoh2 guru,Dan aku sendiri masih belum melihat kerelevenan untuk membantah kerana lebih banyak pro dari kontra.Dan mungkin dengan penstrukturan ini, pelajar boleh menjimatkan masa di zaman persekolahan, dan lebih menumpukan masa di IPT dan perkara-perkara yang boleh membentuk modal insan yang tinggi..

P/s : Teringin melihat graduan masa depan seawal umur 20 tahun, berbanding sekaranng 23-24. Demi mencapai Wawasan 2020 dan mencapai tahap negara maju. Perubahan dalam pendidikan harus dilakukan, kerana mereka generasi masa depan.
Pandangan anda bagaimana?