Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

Ingin aku bertanya...Siapa sebenarnya Provokasi? Siapa sebenarnya penghuru hara?

Kecoh dan heboh laporan polis dibuat, dicanang di media, di perkatakan di surat khabar :
Derhaka Titah Sultan!
Apa sebenarnya yang berlaku? Ingin aku bertanya disini. Mengikut pengetahuan aku, rentetan peristiwa adalah seperti ini :

  1. Sultan mengeluarkan titahnya menyatakan beliau tidak membenarkan masjId digunakan sebagai medan politik.
  2. Nik Aziz balik dari Makkah, dan terus ke Hulu Selangor untuk memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Semasa disana, baginda ditanya wartawan, apa hukumnya berpolitik di Masjid? Beliau menjawab berdasarkan fakta dan ilmunya.
  • Ingin aku bertanya disini, Nik Aziz bukanlah kaki komputer, dia tak mengambil tahu dan diberitahu tentang titah Sultan tersebut, dan bila ditanya, itu sudah semestinya pemerhatiannya berdasarkan ilmunya, bukan berdasarkan titah yang dia lansung tidak dibegitahu kewujudannya.
  • Lantang media mengkritik beliau selepas itu, permainan politik yang nyata. ingin aku bertanya? Siapa Provokasi?
3. Zaid Ibrahim dikatakan derhaka kepada Sultan kerana menyatakan bahwa titah Sultan itu adalah berdasarkan pendapatnya. Terus dibuat laporan polis, dan dimainkan di media bahawa beliau menderhaka, Siapa sebenarnya provokasi?

4. Kisah di Kedah.. Diajukan soalan oleh exco;
  • Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat
  • Setakat manakah tahap tidak boleh campurtangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.
Soalan ini ditarik balik dan menteri besar perak juga sudah membuat kenyataan tentang kesilapan ini, namun media terus memainkannya.

Ingin aku bertanya, siapa sebenarnya yang membuat provokasi tentang kisah penderhakaan kepada Sultan?
Aku hanya ingin bertanya kerana aku puas diberitakan tanpa diminta.
DAULAT TUANKU!