Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

Anak Hama dalam Stadium.




Anak Hama dalam Stadium.

Seekor anak hama telah lahir di dalam sebuah stadium tertutup yang boleh memuatkan 100,000 orang penonton dalam satu-satu masa.
Dia lahir di belakang tiang gol dari sekian banyak telur yang ditinggalkan oleh ibunya. Suatu hari semasa sedang bermain-main dengan teman2nya. Dia bertanya teman baiknya dimanakah lataknya stadium yang di war-war oleh hama - hama yang dikenali dan yang tidak dikenalinya. Kawannya memberitahu bahawa semua yang ada disekeliling dan tempat mereka berpijak itu adalah stadium juga. Kecuali manusia yang keluar masuk stadium dan jentera- jentera yang diguna pakai buat membaik pulih stadium sahaja bukan stadium. Yang lain baik rumput, kerusi, tiang gol, dinding dan lain – lain semuanya adalah stadium belaka.

Oleh kerana hama ini adalah hama halus maka matanya pun bukannya hebat sangat. Kalau duduk didepan tiang gol sebelah sini belum tentu nampak tiang gol sebelah sana. Walhal kalau dia terlindung disebalik sehelai rumput sekalipun dia sudah tak boleh nampak banda- benda lain di belakang rumput itu. Kalau hama ini berjalan untuk mengelilingi stadium ini sekalipun dia tak mampu untuk menghabiskan satu keliling stadium sebelum dia mati.Maklumlah sebab hama ini jenis hama yang halus sahaja.

Tambah lagi cerita, umur hama halus ni pun tak panjang. Maka di hari matinya pun dia masih tak tahu bagaimana rupa sebenarnya stadium yang besar ini. Yang pasti semua hama-hama lain kata stadium tempat mereka hidup ni meeemang besar.

Apa-apa pun nisbah hama dengan stadium ni tidak lah besar mane kalau dibanding dengan nisbah saiz besar seorang hamba dengan Tuhan Penciptanya. Besar sebiji bumi ni pun aku tak larat nak bayang. Apatah lagi luas system bima sakti…….jauh lagilah kalau aku mampu membayangkan keluasan galaksi dan kosmos. Tapi ini semuanya hanyalah ciptan Tuhanku……………….siapalah aku dan siapa Tuhanku???????