Pernah baca kisah nie?
Pada zaman dahulu, ada seorang tua dan cucunya dalam perjalanan menuju ke sebuah kampung. Bersama mereka, mereka jua membawa seekor keldai. Kata orang tua itu kepada cucunya ‘tunggang la keldai itu dan biar datuk berjalan dan pegang tali keldai itu’ . Maka naiklah cucunya ke atas keldai tersebut.
Ketika melalui sebuah kampung, maka terlihatlah orang kampung akan mereka. Lalu orang kampung itu berkata ‘ Teruk betul budak itu, ada pula dia membiarkan orang tua itu berjalan sedangkan dia menunggang keldai itu’ Maka terdengarlah kedua-dua akan kata-kata orang kampung tersebut.
Lalu cucu orang tua itu pun berkata ‘ Tuk naiklah keldai ni, biar saya berjalan dan pegang tali keldai ini’. Maka naiklah orang tua tersebut ke atas keldai dan cucunya pula berjalan kaki.
Ketika melalui sebuah lagi kampung, maka terlihatlah orang kampung itu akan mereka. Lalu orang kampung itu berkata ‘ Teruk betul orang tua itu. Dia bersenang-lenang menunggang keldai dan dibiarkan budak itu berjalan kaki’. Maka terdengarlah kedua-dua mereka akan kata-kata orang kampung itu.
Lalu orang tua itu pun berkata kepada cucunya ‘ naiklah ke atas keldai ini’. Maka kedua-dua mereka pun menunggang keldai tersebut.
Ketika melalui sebuah lagi kampung lain pula, maka terlihatlah orang kampung itu akan mereka. Lalu oramg kampung itu berkata ‘ Teruk betul mereka. Kesian keldai tu sebab kedua-dua mereka menunggang keldai itu’. Maka terdengarlah kedua-dua mereka akan kata-kata orang kampung itu.
Lalu orang tua itu pun berkata kepada cucunya ‘marilah kita turun. Biar kita berjalan kaki sambil tarik tali keldai ini’ Maka turunlah mereka dari keldai itu dan kedua-duanya berjalan kaki.
Ketika melalui sebuah lagi kampung, maka terlihatlah orang kampung itu akan mereka. Lalu oramg kampung itu berkata ‘bodoh betul mereka, sebab hanya jalan kaki dan tarik tali keldai itu. Kenapa mereka tak tunggang sahaja keldai itu’.
Menarik bukan?
Siapa betul? Siapa salah?
Bagi aku
Pedulikan kata orang - yang kita tau kita yakin dgn apa yang kita buat
Kata org? Biarkan mereka berkata
Kita bukan dilahirkan untuk memuaskan hati mereka
-Mind your own business-
Siapa betul? Siapa salah?
Bagi aku
Pedulikan kata orang - yang kita tau kita yakin dgn apa yang kita buat
Kata org? Biarkan mereka berkata
Kita bukan dilahirkan untuk memuaskan hati mereka
-Mind your own business-