Dec 22, 2011

Kalau xde duit bgtau la




Berkesempatan berjumpa dengan TNC pagi tadi. Setelah selesai semua urusan, aku, staf dan beliau berbual kosong sebentar. Staf mengeluarkan isu tentang beliau terserempak dengan seorang pelajar yang kelaparan, kerana tiada duit, dan PTPTN ada msalah teknikal dan duitnya belum masuk. Ceritanya bahawa pelajar itu hanya makan goreng pisang berharga RM1 untuk mengalas perut. Pelajar tahun 1 perempuan berasal dari Perak. Mengalas perut dengan hanya makan goreng pisang, bagi aku melampau. Aku x mampu hidup macam tu.

Mengimbau, Aku dulu pernah mengalaminya, bukan kerana keluarga aku tidak mampu bagi duit, tapi perasaan tidak mahu menyusahkan ibu bapa itu ada. 4 tahun merantau dan belajar di luar, banyak msalah yang dihadapi, terutamanya kewangan. Perasaan segan dan rasa bersalah itu ada kerana aku selalunya menelefon ke rumah hanya untuk meminta di bank in kan duit. Ayat mak aku bnyak jugak menyedarkan aku - aih? dah habis ke? bukan ke baru masukkan duit? - jimat2 la sikit duit dik oi, kita bukannya kaya - Nie je mak ada duit bulan nie, jimat2 sikit ya. - Kadang2 rasa kecewa bila duit diberi x cukup dengan duit diminta, tapi hasrat mak aku adalah untuk mengajar aku berjimat.

Masuk universiti, aku memilih untuk berada di negeri sendiri, dan alhamdullah dapat. Aku mendapat bantuan bulanan dari adik beradik dan mak ayah lebih kurang RM250 sebulan. Xpernah kurang dari itu. Jumlah yang x besar sangat tapi sebenarnya daah mencukpi. Tapi duit tu aku xpernah cukup, mungkin kerana pakai kenderaan, bnyak dibazirkan ke duit minyak.

Mengatasi masalah :- Aku mencari peluang menjana duit tambahan.

Tahun 1 : Aku dan sahabat karib aku menjual dadih dan nasi lemak, Setiap pagi kami bangun awal, dan pergi beli nasi lemak di kedai
berdekatan. Ditolak harga 60 sen sebungkus, dan kawan aku - pian nama dia. Kami jual biasanya dalam 30-40 bungkus sehari
dengan harga RM 1.50 sebungkus. Ambik masa 1 jam sebelum kuliah, kami menjaja dari bilik ke bilik. Perniagaan nasi lemak
terhenti semasa semester dua kerana supplier berpindah. Dadih, aku dan pian yang adun sendiri, bermodalkan hanya lebih
RM 0.50, kami jual dengan harga RM 1.20 . Biasanya kami menjaja waktu malam semasa orang lain sibuk bermain game,
ataupun menyiapkan assgment. Perniagaan terhenti kerana kekangan masa, sibuk dengan asg, dan juga dadih agak
memenatkan. Hampir satu semester juga berniaga dadih. Pendapatan dadih dan nasi lemak banyak membantu aku dari segi
kewangan.

Tahun 2. : Tahun dua aku banyak melakukan business trading. Hasil dari program SIEP, aku mengenali beberapa pengeluar hasil industri
desa, dan juga supplier Jersi. Aku berkesempatan menjadi trader untuk serunding daging, dan juga jersi. Business yan tidak
memenatkan kerana kita hanya menjadi orang tengah, namun permintaa produk ini adalah bermusim. Sehingga sekarang pun
aku masih menjalankan perniagaan ini secara keci kecilan. Terlalu banyak persaingan menyebabkan aku x mampu pergi jauh.

Tahun 3 : Aku di influence oleh bapa saudara aku untuk menjadi agen Public Mutual. Marah mak aku bila dapt tahu aku join benda nie,
kerana menjadi agen memerlukan kita sentiasa berjalan mencari pelanggan. Bapa saudara aku bg jaminan bhawa aku xkan rugi
kalau masuk benda nie. Semua bayaran ditanggung oleh beliau. Memang xrugi aku masuk Public Mutual, income masuk tidak
banyak, namun aku banyak belajar cara mempengaruhi pelanggan, soft skill, cara jaga pelanggan da bnyak lagi. Menyertai Public
Mutual bagi aku bnyak menguntungkan dari segi membina keyakinan diri. Sampai skrg aku masih menjadi agen Public - tidak
mencari pelanggan, namun aku membantu bapa saudara aku menolong orang baru yang tidak mampu melepasi peperiksaan
FMUTM, exam yang diwajibkan untuk jadi agen Public. Dari berpuluh puluh orang yang aku tolong, hanya seorang yang gagal
exam.ok what? dapat duit 100 hinggit bg setiap ajen yang lulus exam.

Tahun 4 : Terlalu sibuk dengan final year project, aku x smpat buat apa2 perniagaan. Tapi aku mencuba ads, ads kat blog nie haa.
Mengumpul hampir 700 follower, aplikasi SEO, pingblog di tempat2 populor, hits blog nie pernah mencapai 700-800 kunjungan
satu hari. Namun itu dulu, pnat ah, Aku dah stop menggila kat blog sbb ads aku hnya bg aku RM 200 sepanjang 1 tahun aku
berblog, malas ah. nuffnag kdekut sngt.



So?

So, bg aku bukan msalah xde duit, kerana duit boleh dicari. Maslah kita malas mencari peluang.


Kepada mahasiswa perempuan tahun satu eari perak, dari cerita kat atas tu, dan mana2 mahasiswa yang ada msalah duit, try r create idea berbisness. Kalau nak aku tlg pun boleh, blajar wat dadih, nak jd trader jersi bola dan serunding daging pun boleh. Sebut pasal serunding, harga aku dapat RM 33, dan org jual kat pasar RM 45- 50. itu baru serunding, jersi aku dapat RM 27, dan harga psaran di luar kelantan RM 45. EMm nak jadi agen Public Mutual pun boley.So skrg peluang bnyak terbuka, tepuk dada tanya hati.


BUKAN MASALAH BOLEH ATAU TAK BOLEH, TAPI MASALAH MAHU ATAU TAK MAHU.