Apa itu dropship?
Suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal.
Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri. Jika anda ingin berniaga tanpa mengeluarkan modal, dropship adalah kaedah yang terbaik. Ini bermakna anda boleh menjual tanpa modal, tanpa risiko dan tidak perlu membeli dan menyimpan stok.
Dropship berfungsi sangat mudah:
1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog atau koleksi gambar Pendrive Creative
2 – Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan dari laman web asal. 3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari kami. Kami kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.
4 – Anda mendapat keuntungan dengan mudah! Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Kami akan melakukan semua ini untuk anda! Keuntungan utama adalah untuk anda.Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan – bergantung pada waktu yang anda gunakan.
ANDA BEBAS MELETAKKAN HARGA ANDA SENDIRI! Menarik Bukan?
Kelebihan Berniaga Kaedah Dropship dengan kami.
1) Mendapat potongan harga sehingga 15 %
2) Tidak perlu modal dan tidak perlu simpan stok.
3) Tidak perlu menghantar/membungkus barang.
4) Keuntungan yang diperolehi adalah keuntungan bersih.
5) Kurang persaingan produk dan sasaran pelanggan adalah amat luas
6) Mempunya lebih dari 100 koleksi model pendrive pelbagai design
7) Ahli Dropship adalah kumpulan yang pertama akan dimaklumkan apabila stok baru
dimasukkan.
8) Anda berjimat kerana boleh membeli pelbagai jenis barangan untuk kegunaan diri sendiri serta keluarga pada harga dropship/borong.
Cara Menjadi Ahli Droship :
1) Emailkan kepada kami perkataan ‘ borang dropship’ . Emailkan ke syeragh@gmail.com
2) Kami akan balas email anda berserta borang permohonan keahlian dan penerangan dropship.
3) Emailkan kembali borang permohonan yang telah diisi.
4) Kemudian kami akan berikan no keahlian dan link untuk download semua gambar dalam tempoh 24 jam. Setelah mendapat nombor keahlian, anda mendapat hak untuk copy dan menjual semua produk syarikat yang mempunyai harga dropship.
Potongan harga untuk Dropship adalah berdasarkan prestasi - kami menawarkan sehingga 20% potongan harga!
Berminat? Apply!