Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

Salam Maah Hijrah 1433

Salam maah Hijrah.. berubahkah aku menjelang tahun baru ini?

aku xtau apa msalah aku, tapi aku masih x puas hati dengan diri aku.
beberapa masalah yang aku akan cuba ubah menjelang tahun baru :

1- aku tiada msalah mengeluarkan ratusan ringgit untuk kegunaan diri sndiri dan kawan, tapi aku pikir panjang untuk kuarkan ratusan ringgit untuk ibu bapa aku.. aku kena berubah.

2 - sikap menangguh dan suka pandang ringan sesuatu perkara masih ada. walapun sudah tidak seteruk dulu, tapi kalau boleh aku nak buang sikap ini.

3 - target aku. selepas graduate, jujurnya aku hanya menghantar satu resume sahaja, itupun untuk jawatan yang amat menarik. jawatan COO untuk syarikat yang baru hendak ditubuhkan. itpun slepas salah satu orang kuat syarikat itu mintak aku hantar resume. knapa x hntar resume mntak kerja lain? aku tidak berminat untuk makan gaji sbenarnya. aku lebih suka kerja sendiri.
alhamdullah, penjanaan pendapatan aku memberangsangkan untuk bulan lepas. mencecah 5k - percaya atau tidak. aku x menipu. suatu angka yang menarik. namun bulan ini jatuh merudum, hanya 1k lebih. terdiam aku skejap..

menjelang bulan 5 tahun depan, iaitu tarikh lahir aku. aku meletakkan target pendapatan purata aku 5k.. mahu atau tidak, aku mencabar diri aku sendiri. doa2kan kejayaan aku.


- masih menunggu untuk memulakan BML mushroom. agak lmbat progressnya. namun yang pasti, ianya akan berjalan dan tak akan dibatalkan.



doa2kan..

SALAM MAAL HIJRAH