2. Seorang ulama India, al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari (الشيخ أبوالوفا ثناء الأمرتسري) telah melakukan mubahalah dengan Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang mendakwa dirinya seorang Nabi. Lalu Allah S.W.T. membinasakan Mirza Ghulam Ahmad selepas setahun dari hari mubahalahnya. Manakala al-Syeikh Abi al-Wafa’ terus dipanjangkan umurnya hampir 40 tahun selepasnya. (Sila lihat al-Qadyaniyyah Dirasaat wa Tahlil oleh Ustaz Ihsan Ilahi Zahir. m.s. 154-159)
Sumber:http://soaljawab.wordpress.com/2008/07/09/hukum-hakam-mubahalah/
Sumpah laknat atau mubahalah yang dilakukan pada 15 Ogos lalu, apakah balasan-balasan yang boleh berlaku?
DR. MOHD. RADZI: Hanya Allah yang tahu. Antara yang mungkin boleh berlaku seperti kematian secara mengejut atau sakit berpanjangan atau lain-lain. Sumpah biasa sekalipun, kalau tidak benar, ia sudah merupakan satu dosa besar dan orang yang berdusta perlu bertaubat. Mubahalah tentunya lebih serius kerana ia bermaksud laknat Tuhan iaitu dijauhkan daripada rahmat Tuhan. Jadi bila kita dijauhkan daripada rahmat Tuhan, rahmat siapa lagi yang kita harapkan? Dalam mubahalah, kita dijanjikan dengan balasan laknat. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu laknat Allah, laknat Nabi dan laknat para mukminin. Maknanya sumpah itu meminta pihak yang berkenaan dijauhkan daripada rahmat Tuhan.
Manusia dinaungi rahmat Tuhan dan Tuhan memberikan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya, tidak kira Islam dan bukan Islam. Dalam sumpah laknat, rahmat itu akan dijauhi daripada orang yang berdusta.
Sumber:http://drradzi.protajdid.com/?p=3
Al Arqam Hancur Selepas Doa Mubahalah
Al Arqam Hancur Selepas Doa Mubahalah
Zabidi Mohamed
Bekas Penasihat Undang Undang Al-Arqam
Apabila Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin meminta kedua dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya 'bermubahalah’ atau bersumpah, ada yang sangsi adakah cara ini dapat menyelesaikan masalah.
Namun, bagi bekas Penasihat Undang-Undang Kumpulan AI-Arqam, Zabidi Mohamed, kaedah ini pilihan yang sangat baik kerana mengikut pengamatan beliau, inilah penyelesaian yang Allah berikan semasa isu berkaitan ajaran Al-Arqam melanda Negara satu ketika dulu.
“Allah SWT telah memberikan jawapan-NYA kepada sembahyang Hajat dan Doa Mubahallah yang telah kami lakukan di seluruh markas-markas al Arqam di mana para wartawan turut menyaksikannya ketika itu," ujar beliau semasa ditemui di ibu negara baru-baru ini.
Menurut Zabidi, dalam sembahyang hajat dan doa Mubahallah yang dilakukan pada 30 Jun 1994 itu, semua pengikut kumpulan al-Arqam telah memohon kepada Allah agar segera tunjukkan di dunia lagi bahawa 'kebenaran' itu benar- benar kebenaran. Manakala yang 'batil' itu benar-benar kebatilan.
Ketika itu semua pengikut al-Arqam sangat yakin berada di pihak yang
benar. Sebab itu mereka memohon bersungguh-sungguh agar Allah SWT
menunjukkan di dunia lagi supaya yang benar itu dimuliakan. Begitu juga
sebaliknya, bagi siapa yang berada di pihak yang batil, clihinakan mereka dengan segera.
"Malah dalam doa mubahalah itu, Ustaz Ashaari dan kami telah meminta Allah berikan jawapan segera dalam tempoh tiga bulan dari tarikh doa tersebut dilakukan, agar yang batil segera dihukum dan dihina di dunia lagi," jelas Zabidi.
Doa Mubahalah
Menurut Zabidi, transkrip Doa Mubahallah tersebut yang dikarang sendiri oleh Ustaz Ashaari tanpa campur tangan daripada mana-mana pemimpin al-Arqam lainnya, telah beliau bukukan dalam buku karya beliau; Arqam Tersungkur di Pintu 'Syurga' yang sehingga kini telah dicetak sepuluh kali cetak dan terjual sebanyak lebih 40 ribu naskah
Butiran doa tersebut adalah:
"Marilah kita pada malam malam Isnin dan Jumaat berkumpul untuk bertahlil di setiap markas dan perkampungan al Arqam di seluruh dunia. Sesuai dengan waktu ini kita sedang dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan oleh pihak tertentu. Maka marilah kita beramai-ramai sebagai orang Islam yang yakin Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Penyelesai segala masalah, sama-sama mengadu kepada Allah sungguh sungguh, agar dengan itu segala fitnah yang sedang melanda umat Islam segera selesai. Oleh kerana tidak ada lagi tempat untuk kita mengadu di bumi ini maka kepada Allah tempat yang paling tepat dan layak untuk kita mengadu. Bila kita mengadu dengan Allah itu Tuhan kita bersama.
"Marilah kita pasang niat sungguh sungguh pada malam-malam tersebut kepada Allah agar Allah tunjukkan kebenaran itu kebenaran dan batil itu kebatilan. Siapa yang benar biarlah Allah tunjukkan di dunia lagi supaya dia dimuliakan. Begitu juga sebaliknya, bagi orang yang bersalah atau batil biarlah di dunia lagi mereka terhina. Andai kata kita yang membawa kebatilan itu, mudah-mudahan dengan kebatilan itu kita dapat membaiki diri dan bertaubat. Agar dapat kita selamatkan diri dari azab Neraka Allah.
"Begitu juga sebaliknya, jika mereka yang menuduh itu yang membawa kebatilan, moga-moga mereka insaf dan sempat pula bertaubat. Kita harap mulai tarikh ini hingga sekitar tiga bulan yang akan datang, Allah akan beri jawapan. Supaya dengan jawapan itu, orang ramai tidak tertipu dengan mana-mana pihak. Dan mereka dapat menetapkan pendirian di pihak yang benar.
"Kalau ada pula pihak-pihak lain yang tidak senang dengan kami, dan mereka ingin membuat majlis seumpama ini, kami juga sanggup untuk turut serta menadahkan tangan berdoa bersama sama mereka. Kalau Pusat Islam, Jabatan Agama atau ABIM, hendak mengadakan majlis seumpama ini dan meminta kami ikut Berta meramaikan majlis itu, insya Allah kami juga sanggup ikut bersama sama berdoa menadah tangan.
"Sekiranya kamilah yang bersalah, mudahlah untuk kami bertaubat. Inilah caranya Mubahallah yang dapat kita buat dengan mengadu kepada Allah Taala. Oleh itu marilah kita sama-sama menadahkan tangan mengadu dengan Allah sepenuh hati. Kami rela wahai Tuhan, kalau kami lah yang bersalah, Engkau tunjuklah kesalahan kami supaya kami dapat bertaubat. Begitu juga kalau sebaliknya, moga-moga mereka juga akan bertaubat.
"Wahai Tuhan, Engkaulah tempat kami mengadu. Engkaulah sebaik-balk Penghukum, Engkaulah yang Maha Adil dan Engkau yang akan menyelesaikan segala masalah".
Jawapan Allah SWT
Menurut Zabidi, Allah kemudiannya telah memberikan jawapan-Nya. Tetapi kerana taasub pengikut al-Arqam tidak menyedarinya kerana mereka telah buta mata dan buta hati.
"Saya telah senaraikan apa. yang Allah telah tunjukkan berlaku dalam tempoh tiga bulan seperti yang diminta oleh Ustaz Ashaari," tegas beliau.
2 Julai 1994- Ustaz Ashaari dan rombongannya ketika sampai di Changi International Airport telah dilarang memasuki Singapura. Ustaz Ashaari terpaksa bermalam di lapangan terbang tersebut dan kemudiannya telah diarah oleh kerajaan Singapura meninggalkan Singapura dan kembali ke Thailand. Peristiwa ini memeranjatkan Ustaz Ashaari kerana dia tidak pernah dihalang memasuki sesebuah negara sebelum ini.
5 Ogos 1994- Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengisytiharkan Fatwa pengharaman ke atas Aurad Muhammadiah serta amalan-amalan yang berkaitan dengannya. Pengisytiharan ini telah dibuat secara langsung melalui televisyen kepada. rakyat Malaysia.
24 Ogos 1994- Pertubuhan al-Arqam diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan pihak polis memulakan tindakan menyerbu premis dan perkampungan al-Arkam di seluruh negara.
2 September 1994- Ustaz Asaari ditangkap di bawah Seksyen 73 (1) Akta Ke
selamatan Dalam Negeri (I.S.A).
"Semuanya berlaku dalam tempoh tiga bulan seperti yang diminta oleh Ustaz Asaari. Allah SWT telah memberikan Jawapan-Nya," jelas Zabidi lagi.
Menurut beliau, hakikatnya Allah sendiri yang hancurkan al-Arqam. Sebab itulah mengapa sejarah menyaksikan alArqam hancur sebegitu rupa dan sebegitu tragis hingga lenyap dari muka bumi ini.
Tragedi umat abad ke 21Kesalahan Ustaz Ashaari dan al-Arqam bukan setakat dengan kerajaan dan rakyat Malaysia, malah yang paling besar kesalahannya adalah dengan Tuhan. Iktikad salah yang menjadi pegangan yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan seumpama 'Pintu syurga' yang didamkan selama ini rupa-rupanya adalah 'Pintu neraka.'
Bagi Zabidi apabila Ustaz Ashaari tidak bertaubat sebagaimana yang dijanjikannya dalam doa. Mubahalah, sehingga berlaku tangkapan kali kedua dalam jemaah al-Arqam. Kesan doa Mubahalah itu masih terus berlaku. Ini dapat dilihat kesukaran demi kesukaran yang ditanggung Ustaz Ashaari selepas itu.
"Saya melihat dalam al-Arklam terdapat ahli-ahli yang ikhlas yang datang kerana dorongan untuk memperbaiki diri dan berkorban demi kemuliaan Islam. Saya yakin doa mereka diterima Allah. Malangnya Ustaz Ashaari tidak sedar dan memanipulasi keadaan tersebut dalam 'agenda tersembunyinya' yang terkandung dalam fahaman fahaman yang difatwakan salah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Merujuk kenyataan dan tulisan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang menggambarkan kesan Mubahalah kepada fizikal dan pemikiran pelakunya, Zabidi amat bersetuju. Menurut Zabidi, kesan itulah yang ditanggung oleh bekas pemimpin tertinggi al-Arqam.
Katanya, sebagai contoh, Ustaz Ashaari dulunya seorang penulis yang banyak menulis buku-buku yang mampu membangkit semangat pengikutnya. Namun selepas pengharaman al-Arqlam, buku karangan beliau yang bertajuk Nasihat untuk Bekas-Bekas Arqam' memperlihatkan kekecewaan beliau dan menggambarkan beliau sebagai seorang yang kalah dan lemah. Buku karangan isterinya Khadijah Am bertajuk 'Pemimpin Ajaib' tidak mampu menaikkan imej Ustaz Ashaari seperti sebelumnya.
"Saya melihat juga perubahan fizikal beliau. Dari seorang pemimpin yang berkarisma menjadi seorang yang sangat uzur. Saya mendapat khabar, pada. tahun 1997 beliau diserang angin ahmar dan terjatuh di bilik air. Kemudian sukar untuk bercakap dan sejak itu kesihatannya semakin menurun. Hari ini beliau menggunakan kerusi roda dan memakai lampin pakai buang," ujar Zabidi yang meyakini doa Mubahalah sangat berkesan mencari kebenaran di sebalik kekeliruan yang timbul.
Sumber:http://grenbara.bravejournal.com/entry/27615
Kredit to : kumbangjingga.blogspot.com