Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

Siapa Usop Wilcha?

Gambar bersama isteri




BIODATA


Nama sebenarnya adalah Syed Mohamad Asri atau (Shy8), terlibat dalam dunia lakonan apabila Mamat Khalid meminta dia berlakon dalam Zombi Kampung Pisang.
1996 : Menerbit, mencipta dan menulis senikata untuk semua lagu-lagu di dalam album sendiri berjudul “Terasing Di Bumi Sendiri” yang mengandungi 10 buah lagu. Lagu “Terasing Di Bumi sendiri” terpilih menjadi lagu untuk kempen Aids/HIV dan kerap di mainkan klip video oleh RTM pada sekitar tahun 1997.

1997 : Di lamar menjadi artis pertama di bawah payung Ambang Klasik (TV3)

Mula berlakun dalam drama terbitan TV3 sebagai pelakun undangan untuk drama “Doa untuk Ayah” di ikuti drama-drama dari pelbagai produksi antaranya “Dajal Suci”, “Abang We”, “Assalamulaikum YB”, “Dunia Baru” dan yang terkini “Chinta” yang telah di tayangkan di TV3.

Dari sudut Filem pula, mula diperkenalkan oleh Mamat Khalid untuk filem ” Lang Buana” dan “Man Laksa” sebagai pelakon jemputan.

Filem “Zombi Kg. Pisang” telah mula membuka mata banyak pihak dengan lakunan bersahaja melalui watak Usop (bekas penari kebudayaan) yang mempunyai gaya lakonan tersendiri. Filem terakhir buat masa ini adalah “Hantu Kak Limah Balik Rumah” dengan memegang watak yang sama sebagai Usop tetapi kali ini watak ini telah dikembangkan dengan peranan lebih besar.

Beliau banyak menerima tawaran untuk berlakon dalam drama dan filem, tetapi terpaksa ditolak memandangkan komited dengan kerjaya bersama sebuah Organisasi Korporat yang terlibat dalam industri Minyak dan Gas (Tanjung Oil and Gas)

Sebelum bekerjaya tetap, beliau merupakan perunding bebas untuk banyak pihak dalam merancang dan menyusun strategi syarikat. Selain itu beliau juga melibatkan dalam aktiviti masyarakat sebagai kaunselor dan motivator untuk Kem- kem Remaja dan Belia.

SUARA SHY8 a.k.a USOP WILCA menyanyikan lagu Terasing di Bumi Sendiri.



Lagu lain? dia ada nyanyi di maharaja lawak 3 kalau x silap..



Dia hebat.. dan ambil masa untuk orang tahu dia hebat




Lpas nie lau ada ksempatan aku nak cari psal dR Rodzmey.... dengar kata dia asal dari Kuala Krai Kelantan. anak kampung yang berjaya dalam business.. aku respek dengan keberanian dia, dan sikap degil dan x mudah mengalah dia..