Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

Karam Singh Walia Hina Melayu?

Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.
Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.
Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar. Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.
Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini. Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar. – Kosmo!


PAndangan aku? - Bila mabuk semua yang ada dalam hati akan diluahkan, xkan berpura2~! Dan mmg itu ada dlm pemikiran beliau.. Kesian juga tengok si Karam nih, sampai sanggup nak sujud disetiap kaki orang disitu dan rela dipukul demi untuk menafikan bahawa dia terlepas cakap beberapa perkataan seperti sakai dan lancau dan memohon maaf atas keterlanjuran percakapannya.

Dan aku sokong Geng2 Melayu itu - Kadang2 kita kena buat macam nie.. kadang2 singa kena mengaum andai x mau disembelih

~Lu pikirla sendiri~