Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

Hei, bukan aku nak berlagak hebat!

Bukan aku nak berlagak hebat bila menulis entry ini.
Tapi aku tahu hak aku.
Hak sebagai student.
Hak bersuara

Kepada MPP UMK
Salam perkenalan
Satu karangan untuk kamu
Hebatkah kamu bila menjadi MPP? Apa tugas yang kamu bawa bila menjadi MPP? Membawa nama baik UMK ke persada antarabangsa? Membawa nama baik UMK dengan menjalinkan kerjasama antara universiti. Tahniah.. Tapi kerja itu x seberapa, budak tahun 1 pun leh buat, pandai buat kertas kerja, selesai masalah. Aku nak tanya satu benda, apa usaha yang telah dilakukan kamu untuk menambah baik kemudahan UMK? Air tiada, apa usaha kamu? Peralatan sukan x cukup, apa usaha kamu? Couple buat maksiat ,apa usaha kamu? Orang luar bebas lalu lalang di asrama, apa usaha kamu dalam menjamin keselamatan? Aku xnak dengar cakap kamu dah jumpa orang atasan, itu dan ini. Aku nak hitam putih - berapa kali kau perdebatkan isu ini? Kalau setakat kau bawak kertas kerja, dan ditolak, dan diam.. Itu PAK TURUT NAMANYA! Jawab soalan aku.. Bagi aku MPP hanya layak dijadikan kelab. Menganjurkan program., dan usulkan benda , erk? korang ada usulkan ke? Aku memandang rendah MPP - 2 generasi. Dulu dan sekarang.

Kolej Kediaman
Pihak pengurusan Kolej Kediaman - apa khabar?
Sedang goyang kaki lagi?
Aku baru sudah berjumpa dengan Ketua Fello, siapa? Semua kenal dia. Mungkin dia x suka membaca blog tapi aku bagi ulasan apa yang aku cakap dengan dia tadi.. Terlalu banyak aku naikkan isu..Tapi bagi aku dia xde critical thinking.. Masalah kecil dia x dapat selesaikan, layakkah dia menjadi fello? Terlalu megah dengan kata-kata dia bahawa dia sudah 30 tahun lebih menjadi staff, dan kenal semua perangai student.
Isu Air
Isu Tapak Perniagaan Student
Isu keselamatn student
Isu Tempat Parking Kenderaan
Semua aku bangkitkan, apa dia jawab? Dia yang mula menjawab dengan penuh emosi, semacam menengking ,dan aku juga menjadi emosi. Rasa terhina ke ditanya soalan bertalu-talu wahai orang tua?Aku berkata kepada si tua itu :
Bagila orang muda yang pegang jawatan ini kalau x mampu. Jangan duduk goyang kaki! Pergila bersara cepat2. Awak x ada pemikiran kreatif , isu kecil macam ini pun x dapat selesaikan, layakkah awak jadi Ketua Fello? Semua kenyataan dia menyalahkan student, dan dia betul segalanya.
Dan paling aku marah bila dia salahkan aku bila kereta aku hilang. Dan dia xrasa bersalah selaku ketua fello, kejadian itu berlaku dalam kawasan jagaan dia. 
Memang masing-masing emosi, last- last dia nak call pak guard halau aku keluar. Go on aku cakap! Tapi sebelum aku keluar, aku nak tau apa usaha yang dia boleh lakukan dan jaminan dalam isu keselamatan harta benda student, dan keselamatan.
Dia x mampu bagi jaminan.
Memang dia x layak jadi Ketua Felllo.
Semua benda dia betul, dan x mampu terima pandangan orang lain.
Aku lagi suka Ketua Fello sebelum dia.

Pihak Keselamatan
Marah ke kalau aku panggil kau pak guard? Owh lupa
Kamu ialah Pegawai Keselamatan. Sory2
Sedap ke duduk ramai2 kat pondok pengawal tu? Eh? Rupanya baru aku tau CCTV kat depan pintu pagar utama UMK adalah hiasan semata - xde function pun. Eh? Kau buat apa situ? X meronda ke? Xnak tambahkan bilangan pak guard ke? Alasan x cukup kakitangan tu buat aku tergelak. Nak ada pelajar kena rogol dan bunuh dulu ke baru nak sedar?
Mengecewakan! Masing2 salahkan pihak lain!
Lepas aku jumpa Fello dan Pihak Keselamatan
Aku nampak fello tergedek2 pergi jumpa pihak keselamatan.
Kenapa? Nak gaduh dua tu ke?
Atau nak kenakan tindakan kepada aku?
Yang aku tau orang tua tu panas 
Tindakan apa nak buat kat aku?
Buatla.. Kita tengok sapa yang kena balik.
Sapa yang malu
Bersuara adalah hak aku.
Hak kamu?
Buat kerja!