Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

Tips Blogger : Berblog Secara Bijak

Status aku 'rookie'- yaknie orang baru dalam blogging, namun itu bukan masalah kerana aku ingin berkongsi sedikit tips kepada rakan2 yang baru memulakan berblog, dan rakan2 yang tidak mendapat pengunjung ke blog. Aku dulu juga begitu, menulis blog, dan mengharapkan orang membaca.. Last2 baca sorang2.. ( >_<") Haha jom kongsi tips disini :
  • Blogwalking ( berkunjung ke blog orang lain) - Blogwalking adalah antara asas dalam mendapatkan pengunjung, denggan banyak tujuan, promote blog, berkenalan dengan rakan pengunjung, dapatkan follower dan dapatkan pengunjung setia. Pastikan anda meninggalkan jejak semasa berkunjung, dan elakkan menjadi silent reader.
  • Menyertai forum/kumpulan blogger - Tidak salah menghabiskan sedikit masa berchat/ berkenalan disini kerana jaringannya luas - Malaysia mempunyai 2 juta blogger!
  • Ping blog anda - Apa itu ping? Ping secara fahaman mudah bagi aku- macam paku picit. Bila disebut ping, maka aku membayangkan entry aku dipingkan/ dilekatkan oleh paku picitn ke laman yang sentiasa dikunjungi pembaca2..
  • Hasilkan penulisan yang unik dan tersendiri. Ini akan dapat menarik lagi ppembaca ke blog anda- kunjungan kali ke-2,3,4 dan seterusnya.. mungkin?
Dibawah ini adalah antara laman web yang boleh anda sertai, forum dan ping blog.
  • Gengblogger.com
  • myebuzz.net
  • jombuzz.com
  • petalingstreet.org
  • imcurtain.com
  • pingoat.net
  • pingler.com
  • autopinger.com
Hati2 dalam memasukkan data semasa mendaftar. Sesetengah web ini agak sensitif, contohnya aku sampai sekarang tidak dapat memasuki petalingstreet, kerana kesilapan memasukkan data kali pertama. Kerugian sebenarnya bagi aku.
    • Andai anda dah expert bab diatas. Anda boleh mencuba meta tags dan SEO( Search Engine Optimize) Agak susah nak diexplain disini namun anda boleh mencuba. Kerana hasilnya memang berbaloi!




    Google mengindex blog untuk dipaparkan sebagai antara results yang terawal. Bonus yang besar kerana majoriti pengguna menggunakan google sebagai enjin pencarian. Pengunjung datang sendiri tanpa dijemput. Nice!! 'Bayi baby hatch' dan 'isu pemansuhan upsr dan pmr' adalah antara contoh .Putarla tajuk dia macam mana pun, namun keyword itu penting, dan pemilihan tajuk adalah amat penting.Aku sekarang masih dalam proses mempelajari, namun sedikit hasil sudah boleh dinikmati, dan aku rasa aku berada di jalan yang betul. Ingin mencuba? blog tutorial dan google webmaster dapat membantu anda. Namun hati2, x semuanya akan berjaya. Backup templetes anda sebelum melakukan sebarang pengubahsuaian.. Masih x berjaya? Aku dulu dkat sebulan baru faham. ~~lol~~

    Selamat berblogging!! Andai anda segan untuk blog anda dibaca orang lain, tulisla entry anda atas kertas, jangan berblogging, kerana blog adalah bacaan umum. :)


    P/s : Setakat ini baru hasilkan 115 entry, dan teringin menjadi semacam kak kujie - 90% pengunjung adalah dari enjin pencarian. Indahnya hidup macam itu, tak perlu sakitkan tulang belakang dengan blogwalking..Xpe.. slow2~~!! hehe