- Begitu petah berkata2, membangkang, memberi pendapat dan meluahkan idea.
- Bercerita tentang perkara yang dibincangkan pernah dipelajari olehnya dahulu.
Segalanya nampak berjalan baik, dan dalam hati aku, aku fikir mahasiswi ini mampu memimpin. Namun, bila masuk bab presentation, mahasiswa cina ini bertanya, siapa yang mau present dulu? Semua senyap~~!!! Adoi.. Last2 Mahasiswa cina yang agak pendiam itu yang sanggup menjadi presenter.
Kenapa adik oii~!! Kenapa takut sangat present?
- Tak kemana andai kamu berkaliber, namun x berani kedepan.
- Tak kemana andai kamu bijak, namum x mahu berkongsi sesama rakan
- Berani la sikit. Xdenya kamu akan mati andai present depan rakan sekelas. Belajarla..
Kadang2 aku sedih dengan situasi nie.. Bukan nak menyalahkan orang lain, namum aku dulu juga begitu. takut kedepan kerana takut salah, takut ditertawakan, takut nampak macam berlagak bila kedepan? =='
Ahh!!! Semua perasaan bodoh tu harus dibuangkan. Bersyukur aku ke pensyarah aku yang sentiasa memaksa mahasiswanya kedepan.. Last2 perasaan takut tu dah hilang. Nasihat kepada adik2, beranikan diri. Satu kredit kepada anda andai anda mampu tampil kehadapan, bersuara dengan lantang dan jelas, kerana itu ciri mahasiswa berkualiti yang perlu ada.