Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

Final Year.. Mencabar dan menyeronokkan.

Sedar x sedar, dah masuk final year aku rupanya. Dah lama aku kat universiti nie rupanya. Memang teramat cepat masa berlalu, amat2 cepat. Macam mana Fina Year? Bagi aku agak rushing, banyak benda kena buat, namun menyeronokkan! Kenapa? Semunya macam teratur setakat nie dan xde benda yang clash. Thanks to faculty..

Aku baru je hantar lepas present Industrial Training aku, dan minggu lepas hantar report. memang memenatkan, angkara last minit punya kerja. 2-3 malam tidur 2-3 jam je. Semalam tidur dekat pkul 6 pagi, dan start presentation pkul 8 pagi. Ayuhaii~~!! tido sejam je. Lpas present balik bilik landing atas katil. Last2 bangun lambat, tlewat ke kelas mandarin. Tapi xpe.. Laoshi baik hati, dia ckap lain kali kena bayar 5 ringgit nak beli KFC.. Ahaha...Papepun semua dah lepas. Dan aku puas hati dengan presentation dan report latihan industri aku, walaupun sedikit sangkut2.

Dah.. lpas nie banyak benda menanti. 2 hari lagi kena antar report SIEP (Student In Entrepreneur Program), dan present 2 hari lepas tu.. Pastu, ada seminar plak, dan aku pilih untuk present Kenaf. Wossh~~!! Tajuk yang agak popular dan sudah dipelajari, namun aku x start ag cari maklumat. Kerja last minit memang xdapat lari dari hidup aku walaupun cuba dibuang..

Final Year Project? Aku juga memilih kenaf. Tajuk dia Commercial Kenaf Production For Fibre. Suka aku memilih tajuk nie kerana pejabat2 research kenaf banyak juga kat area aku, dan lectrure dia pun ok, senang didekati dan x terlalu cerewet. Papepun.. aku gembira bila dah masuk final year kerana seboleh bolehnya aku nak kerja cepat, dan buat haluan hidup aku sendiri. Sudah agak lama bergelumangan dengan buku. Nak begelumang dengan duit gaji plak!


p/s : wISH ME GUD aLRK FOR fINAL yEAR~!!!