'Abang.. Syukurlah abang dilahirkan di dalam Islam. Saya menderita untuk menemui agama ini’ - Aku masih ingat kata-kata seorang India Muslim yang aku jumpa di masjid di Pulai Chondong- Machang baru2 ini. Kisahnya bermula ketika aku dihulurkan tangan untuk bersalaman dan tangan aku tak dilepaskan. Dia memegang erat tanganku, dan seraya berkata, Abang, saya nak minta tolong..
Agak terpinga-pinga aku pada mulanya, namun setelah diminta diceritakan apakah masalahnya, beliau menceritakan satu persatu. Namanya aku sudah lupa, namun beliau adalah seorang Muslim India yang baru beberapa bulan memeluk Islam,awal 30-an umurnya dan beliau menunjukkan kad yang menunjukkan keIslaman beliau, datang dari Pahang ke Kelantan untuk belajar dan mendalami Ilmu agama di Tanah Merah, katanya dengan seorang ustaz. Bila ditanyakan kenapa beliau nampak semacam tergesa-gesa, kerana aku melihat beliau sehelai sepinggang dengan beg kecil yang aku yakini hanya berisi 3-4 helai baju. Beliau terdiam, dan lama selepas itu beliau menyatakan beliau telah dibuang keluarga, dipukul dan dihalau dari rumah. Beliau sekarang tiada tempat bergantung, dan mengharapkan ustaz di Tanah Merah itu membantunya, membantunya mendalami ilmu agama disamping bekerja memulakan hidup baru. Aku menghulurkan bantuan setakat yang termampu, dan bantuan itu diiringi penghargaan yang aku sendiri tak menduganya. Mengucapkan terima kasih tak putus-putus dan beliau menangis. Masih aku ingat antara kata-kata terakhir semasa aku bersalaman dengan beliau, Abang.. Syukurlah abang dilahirkan di dalam Islam. Saya menderita untuk menemui agama ini.
Terdetik dihati aku, pernahkah aku bersyukur dilahirkan Islam? Pernahkah? Amat-amat jarang, aku biasa bersyukur dikala mendapat nikmat dunia, diberikan kesenangan, kejayaan, dimurahkan rezeki dan segala nikmat lain. Aku amat-amat jarang bersyukur dilahirkan didalam Islam, andai aku dilahirkan bukan Islam, adakah aku akan menemui dan mencari agama suci ini? Aku tak ada jawapan.
Bersyukurnya aku menemui lelaki itu, kerana aku akui, aku alpa. Aku sembahyang, aku berdoa, namun doaku hanya meminta dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dimudahkan segala kerja dan seadanya.. Aku jarang (atau tak pernah?) bersyukur diberi nikmat bernafas, diberi nikmat Islam tanpa diminta, diberi segala kudrat yang ada, kerana aku hanya tahu meminta kepada ALLAH S.W.T. dan tak bersyukur dengan apa yang telah sedia ada. Syukur ke hadrat ALLAH kerana memberikan petunjuk kepadaku, kerana tidak menarik nikmat yang telah diberikan kepadaku taktala aku alpa dengan apa yang ada. Terima Kasih Allah S.W.T kerana memberikan petunjuk kepadaku dikala aku masih bernafas, dikala aku masih berfikir waras. Syukur yang amat!