Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

Andai Israel serang Kapal Iran - Perang dunia ke 3?


TEHERAN: Hanya beberapa hari selepas kapal yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza disekat Israel, Pertubuhan Bulan Sabit Merah Iran pula mengumumkan pihaknya akan menghantar tiga kapal bantuan ke wilayah itu.

Dalam usaha terbaru untuk memecahkan sekatan yang dikuatkuasakan rejim Zionis ke atas penduduk di Gaza, pertubuhan itu berkata, sebuah pesawat membawa 30 tan peralatan perubatan juga akan terbang ke Mesir bagi menyerahkan bantuan berkenaan.

Pengarahnya, Abdolrauf Adibzadeh memberitahu media Iran, dua kapal akan meninggalkan negara itu menuju Gaza minggu ini, diikuti kapal ketiga yang dilengkapi bilik bedah pada tarikh ditetapkan kemudian. Dua kapal menuju Gaza dengan penyelarasan yang dibuat bersama kerajaan Turki.

Ketua Pertubuhan Bulan Sabit Merah Iran, Abolhassan Fakhi, berkata, 20,000 sukarelawan sudah mendaftar untuk menyertai misi itu dalam tempoh tiga hari. Beliau berkata, pesawat bantuan akan meninggalkan Iran menuju Mesir dalam tempoh terdekat dengan kerjasama Pertubuhan Bulan Sabit Merah Mesir. AFP >

P/s : Tajuk cam gempak je kan? Tapi x mustahil benda nie berlaku. Andai Israel serang Kapal Iran? Agak2 apa akan berlaku ya? Iran bukan calang2.. dengan Amerika pun dia pandang sepi.