Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

kemasukan Ke IPTA da boleh semak!!


Ingat waktu muda2 dulu, bila check kemasukan ke IPTA, pang! kuar Universiti Malaysia Kelantan. haha garu kepala lama2 wlaupun xgtal. harap situasi nie xbrulang kepada adik2 kita ya..

Sesiapa yang memohon kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh mengetahui keputusan bermula pukul 12 tengah hari ini.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata, calon-calon yang mahu memeriksa status kemasukan itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.

Mereka juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://jpt.utm.my, dan http://jpt.uum.edu.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010.

Gud Lark to them!! Dan selamat datang junior baru! xsbar nak tengok adik2 baru..