Apa harus dilakukan?
- Lari?
- Bersembunyi sehingga pak belang beredar?
- Atau menyerang harimau? Beranike?
Ini adalah antara tips yang diperoleh dari peneroka hutan dan orang asli.. Jom kongsi:
Apabila anda menyedari kehadiran harimau, perkara yang tidak harus dilakukan ialah mengejutkan harimau tersebut.. Contohnya menembak ke udara, @ membuat bising bagi menakutkan harimau.
Ingat, perangai harimau adalah seperti kucing, anda membuatkannya terkejut, ia akan lari. NAMUN, selepas itu amat besar kemungkinan ia akan berpatah balik, kali ini dengan niat untuk serangan. AWAS!
Jadi, antara cara bagi menghadapi harimau ialah dengan mengetuk pokok/buluh dengan kadar didengari oleh pak belang.. Pak belang pasti akan beredar, dan cara ini adalah paling efektif. Bab kata orang indonesia, perlahan lahan tapi pasti. :)
Itulah antara cara menghalau harimau, banyak lagi cara lain, kaum lain, cara lain, kawasan lain, cara lain. Apa-apa pun semua cara dalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri, yang dikongsi kepada masyarakat setempat.
Ok, habis sudah..Thanks coz sudi membaca. Siri ini tamat disini. Adios~~
Jumpa next entry.. :)