Salam.. Bertemu lagi di dalam kisah aku dan harimau siri 2. Kali ini aku akan menceritakan semua fakta dan ilmu yang aku perolehi dari perbualan aku bersama penoraka hutan di Lojing, Gua Musang..
Tahukah anda?
Kenapa harimau menyerang?
- Dicederakan, dan disebabkan itu menyukarkannya mencari makanan
- Merasakan keselamatannya terancam
Harimau menyerang manusia?
- Harimau x akan sesekali menyerang manusia kecuali ada kes-kes tertentu.
- Antara contoh kes adalah binatang ini dicederakan terlebih dahulu, dan dia akan bertindak balas.
- Harimau menyerang biasanya disebabkan ia tertukar dengan binatang.. Amat-amat jarang berlaku manusia diserang semasa ekspidisi kehutan, TETAPI, yang bisanya diserang adalah penoreh getah.. Kenapa?
- Posisi bongkok semasa menoreh getah mengelirukan harimau itu sendiri, harimau itu keliru antara manusia dengan kijang/ babi hutan.
- Bagi menghadapi masalah ini, biasanya penoreh getah akan meletakkan/ mengikat daun @ kain diatas kepala mereka, kain berwarna terang, dengan tujuannya bagi menyedarkan harimau tentang target serangannya adalah manusia. Biasanya penoreh yang mengamalkan cara ini, akan selamat
- Fakta sebenarnya harimau lebih takutkan manusia dari mahu menyerang manusia. Namun keadaan terdesak memutarkan segalanya.
Jumpa dalam siri seterusnya, bagaimana mengetahui kehadiran harimau, dan bagaimana menghalau harimau.. Thanks sudi membaca!