Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

PAS hina Sultan? ku tak rasa begitu..


Provokasi, Putar belit. semua taktik digunakan untuk menjatuhkan PAS. Isu pertama, Tuan Guru Nik Aziz yang dikatakan menghina sultan, kerana mempersoalkan penggunaan masjid sebagai pusat politik. Beliau yang tidak tahu menahu mengenai titah Sultan tersebut, diajukan soalan dan kemudia dihentam. Isu kedua soalan exco perak soalan yang menjadi isu- Soalan (a) ialah Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat dan (b): Setakat manakah tahap tidak boleh campurtangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam. Soalan ini ditarik balik oleh beliau dan Menteri Besar sendiri membuat kenyataan media mengenai kesilapan ini. Namun 2 hari sudah berlalu, isu masih dimainkan- samapi bila? nak kekalkan momentumnya sampai PRK Sibu? membawa isu ini menyeberangi lautan? Rasanya ya.