Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

Owhh PRK Hulu Selangor..


Aku paling seronok memerhatikan perjalanan politik dan permainan psikologi politik menjelang PRK.. Mana-mana PRK semua sama, dari PRK Manek Urai dan sekarang PRK Hulu Selangor.Antara isu yang menarik, isu minum arak, keluar parti beramai-ramai (sampaikan bekas doktor peribadi DS Anwar Ibrahim pun keluar parti- dikatakan kecewa tidak dicalonkan), isu Felda, isu APCO, dan paling latest, isu kenyataan Menteri Besar dikatakan menderhaka kepada Sultan Selangor berhubung kenyataannya dan pendapatnya tentang berpolitik di Masjid. apa-apa pun, siapa yang menang, pasti memberi kesan moral yang besar kepada parti dan kerajaan. Andai PKR menang, tidak perlu risau ZAID akan keluar parti dan berstatus Bebas, kerana dia xkan berlaku begitu. Barisan Nasional menang, ramai menteri yang bersorak riang, Pakatan Rakyat menang,kemenangan PRU 13, hampir pasti ditangan. Selamat Mengundi!!