Tune Talk Tone Excell

Tune Talk Tone Excell

Koleksi gambar keluarga Osama bin Laden

Osama bin Laden dikatakan meninggal dunia dalam serangan di luar Kota Islamabad, Pakistan. Lelaki berusia 54 tahun itu selama 10 tahun menjadi buruan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya kerana dikatakan terlibat dengan aktiviti pengganas. Osama atau nama sebenarnya Usamah bin Muhammad bin Awwad bin Ladin dilahirkan di Jeddah, Arab Saudi, 10 Mac 1957. Pemimpin Al Qaeda ini adalah anak ke-17 dari 52 bersaudara dari keluarga Mohammed bin Laden, salah satu orang paling kaya di Arab Saudi.



Osama bin Laden ketika berusia 16 tahun pada 1973





Putera keempat Osama dengan Najwa, Omar bin Laden, ketika berusia 6 tahun. Omar adalah yang paling menentang kekerasan yang dilakukan ayahnya




Putera Osama, Omar Bin Laden, bersama istrinya, Zaina yang dulu dikenal sebagai Jane Felix - Browne.


 

Lukisan Mohammed bin Laden, seorang jutawan yang merupakan ayah Osama.




Osama bin Laden berada di Afghanistan pada 1984. 

Putera pertama Osama dengan Najwa, Abdullah bin Laden, sedang bekerja dengan traktor milik ayahnya di Sudan pada tahun 1993.




Sa'ad (anak ke-3 Osama), Osman (anak ke-5 Osama), Mohammed bin Laden (anak ke-7 Osama).



 

Fatima (anak ke-8 Osama), Sa'ad, Omar, Mohammed, Osman, dan Abdul Rahman (anak ke-2 Osama).



Putera Osama, Omar Bin Laden, berada di Arab Saudi pada 2007.
  


Osama Bin Laden (dalam lingkaran) bersama 22 saudaranya waktu berlibur ke Swedia tahun 1971. Osama saat itu berusia 14 tahun.






Osama


Wujud atau tidak?


Siapa dR Rozmey?




ROZMEY CHE DIN
41 Tahun, Berkahwin

ISTERI
Noor Halawiah Abdullah Shukri

ANAK
Syamsul Anwar(15)
Puteri Amylia Natasha(7)
Putera Amirul Hakim(6)


KELAHIRAN
Bukit Sireh,Kuala Krai Kelantan

KELULUSAN
Ijazah Perubatan (MD,USM 1993),
Sarjana Perubatan
(Perbidanan & Sakit Puan USM 1999)


PENDIDIKAN
SRK Sultan Yahya Petra Kuala Krai
MRSM Pengkalan Chepa, University
Sains Malaysia(USM)


JAWATAN
C.E.O Jitra Specialist Centre Sdn Bhd
C.E.O Jitra Medical Centre Sdn. Bhd.
C.E.O Herba Prima Marketing Sdn. Bhd
C.E.O Dr Rodzmey I.T Solution







Sebagai sebahagian dari hantaran perkahwinan dia dan isterinya
dia hadiahkan Mercedes CLS350 berharga sekitar RM 1 juta
dan dia target untuk menjadi 10 orang terkaya di Malaysia menjelang 2015



Filem 2 alam?
aku x sempat tgk filemnya
tapi aku tengok sinopsis macam menarik

Sinopsis


Apa2 pun aku respek mamat nie

dan soalan aku kepada yang dok kutuk2 dia
anda mampu berjaya macam dia ke?
laman blog terkenal yang banyak kali cakap yang blog dia leh 3-4 ribu dari hasil blogging
lau stakat 3-4 ribu.. dia 300-400 ribu boleh cecah
so.. xyahla kutuk2 orang sngat



Adios

Blogger.com nak kena tutup?

Terkejut jugak tadi bila dapat tahu pasal perkhidmatan Blogger akan dihentikan mulai 25 Jun 2011. Kalau betul la cite nie. Memang parah la kepada blogger yang masih menggunakan platform blogspot. Sah-sah tak ada pilihan lain .. melainkan beralih ke hosting domain berbayar yang lain seperti Wordpress dan sebagainya.

Tapi setelah dibaca berulang-ulang kali (Google Buzz). Baru la faham. Rupa-rupanya .. pengguna Blogger yang mendaftar dan menggunakan email selain Gmail (contoh: Email Yahoo) untuk log in ke dalam blogger .. akan berdepan dengan situasi dimana blogger mereka akan dihapuskan sama sekali. Selain itu .. bagi yang tidak pernah log in ke dalam blog mereka semenjak 2007. Mereke juga akan berdepan dengan masalah yang sama.

Jadi untuk menggelakkan perkara ini dari berlaku. Google memberi peluang kepada pengguna tersebut untuk mengemaskini dan memindahkan permission akaun blogger mereka ke akaun Google.

Cara-caranya memindahkan akaun

1. Daftar dulu akaun Gmail bagi yang belum ada.

2. Kemudian .. sign ini blog seperti biasa. (Cth; guna email Yahoo).

3. Klik pada bahagian Setting > Permission > dan kemudiannya klik Add Authors

4. Kemudian masukkan email Gmail anda dan klik Invite.

5. Seterusnya login akaun Gmail tadi.

6. Tengok kat inbox. Kalau ada email jemputan. Klik link untuk pengesahan .

7. Kalau ada notis "To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here". Terus klik 'Here' dan paparan dashboard blog anda akan muncul.

8. Seterusnya .. logout akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula-mula tadi ( Email Yahoo )

9. Klik kat Settings > Permissions

10. Kat situ anda akan nampak ada nickname dan email baru yang anda add sebentar tadi sebagai author.

11. Klik kat grant admin privileges.

12. Dah siap .. seterusnya anda boleh try log in blogger menggunakan email gmail baru.

13. Kalau dah betul-betul yakin anda boleh menggunakan nikname baru. Seterusnya anda boleh delete nickname dan email lama.


Info aku dapat dari -------> sinie

Siapa Usop Wilcha?

Gambar bersama isteri




BIODATA


Nama sebenarnya adalah Syed Mohamad Asri atau (Shy8), terlibat dalam dunia lakonan apabila Mamat Khalid meminta dia berlakon dalam Zombi Kampung Pisang.
1996 : Menerbit, mencipta dan menulis senikata untuk semua lagu-lagu di dalam album sendiri berjudul “Terasing Di Bumi Sendiri” yang mengandungi 10 buah lagu. Lagu “Terasing Di Bumi sendiri” terpilih menjadi lagu untuk kempen Aids/HIV dan kerap di mainkan klip video oleh RTM pada sekitar tahun 1997.

1997 : Di lamar menjadi artis pertama di bawah payung Ambang Klasik (TV3)

Mula berlakun dalam drama terbitan TV3 sebagai pelakun undangan untuk drama “Doa untuk Ayah” di ikuti drama-drama dari pelbagai produksi antaranya “Dajal Suci”, “Abang We”, “Assalamulaikum YB”, “Dunia Baru” dan yang terkini “Chinta” yang telah di tayangkan di TV3.

Dari sudut Filem pula, mula diperkenalkan oleh Mamat Khalid untuk filem ” Lang Buana” dan “Man Laksa” sebagai pelakon jemputan.

Filem “Zombi Kg. Pisang” telah mula membuka mata banyak pihak dengan lakunan bersahaja melalui watak Usop (bekas penari kebudayaan) yang mempunyai gaya lakonan tersendiri. Filem terakhir buat masa ini adalah “Hantu Kak Limah Balik Rumah” dengan memegang watak yang sama sebagai Usop tetapi kali ini watak ini telah dikembangkan dengan peranan lebih besar.

Beliau banyak menerima tawaran untuk berlakon dalam drama dan filem, tetapi terpaksa ditolak memandangkan komited dengan kerjaya bersama sebuah Organisasi Korporat yang terlibat dalam industri Minyak dan Gas (Tanjung Oil and Gas)

Sebelum bekerjaya tetap, beliau merupakan perunding bebas untuk banyak pihak dalam merancang dan menyusun strategi syarikat. Selain itu beliau juga melibatkan dalam aktiviti masyarakat sebagai kaunselor dan motivator untuk Kem- kem Remaja dan Belia.

SUARA SHY8 a.k.a USOP WILCA menyanyikan lagu Terasing di Bumi Sendiri.



Lagu lain? dia ada nyanyi di maharaja lawak 3 kalau x silap..



Dia hebat.. dan ambil masa untuk orang tahu dia hebat




Lpas nie lau ada ksempatan aku nak cari psal dR Rodzmey.... dengar kata dia asal dari Kuala Krai Kelantan. anak kampung yang berjaya dalam business.. aku respek dengan keberanian dia, dan sikap degil dan x mudah mengalah dia..

Kenapa Poco - Poco Haram Wei?

Ipoh: "Poco-poco" berasal daripada sebuah tarian ritual yang sering dilakukan di Jamaica dan mengandungi unsur kristian serta pemujaan roh, tegaskan mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.




Harussani berkata, perkataan "poco" dalam beberapa kamus juga disebut sebagai tarian liar yang dilakukan ketika dirasuki oleh "roh nenek moyang".



"Saya meminta beberapa pegawai budaya untuk melakukan kajian dan mereka menemui beberapa penemuan. Gerakan (tarian) berbentuk salib, biasanya mempunyai kaitan dengan agama Kristian, ia dapat dilihat dengan jelas dalam tarian itu namun perkara ini tidak disedari oleh sebahagian besar umat Islam.





"Oleh kerana itu, pendapat yang mengatakan tarian itu sebagai aktiviti senaman tidak boleh diterima. Itulah sebabnya ia haram bagi umat Islam," katanya kelmarin.









Harussani, yang baru saja mengumumkan bahawa tarian itu akan dilarang di Perak, berkata beliau juga menerima telefon dari seorang penganut Kristian di Perancis yang mempertikaikan perintah larangan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Perak.



"Ketika saya bertanya kepadanya adakah dia mahu melakukan tarian yang mempunyai gerak seperti 'gerakan solat, ia menjawab 'Tidak'," kata Harussani, sambil menambah umat Islam boleh melakukan tarian zapin atau joget untuk senaman sebagai ganti.



"Mereka boleh menari dan bersenam selama mana yang mereka inginkan, dengan syarat bahawa lelaki dan perempuan dipisahkan," katanya.



Sebuah daripada Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Perak berkata pihaknya telah membaklumkan kepada Harussani bahawa perkataan "poco-poco" ditemui dalam kamus Jamaica.



“Kami juga memberitahunya dua teori berkenaan asal usul tarian itu, dimana ramai yang menyangka ianya berasal dari Filipina atau Indonesia.





"Kami terangkan bagaimana (gerakan tarian) itu dilakukan, melalui urutan langkah dari kanan ke kiri dan dari belakang ke hadapan," katanya, bagaimanapun ia tidak menerangkan kaitannya tarian itu dengan sebarang agama.



Edisi kedua dari Kamus Bahasa Inggeris Jamaica berkaitan perkataan "poco" tidak membawa banyak makna, ia "mungkin merupakan singkatan dari perkataan pocomania".



"Pocomania", mungkin berasal dari bahasa Afrika, yang menerangkan satu tarian liar yang dilakukan ketika dirasuki oleh "roh nenek moyang" dan mendorong katalepsi, ia juga bererti "menggoncang atau bergetar, atau tarian liar dalam keadaan yang kalut".



Kata "poco-poco" juga boleh digunakan ketika menjawab soalan "Apa khabar?" yang membawa makna "agak baik, tidak terlalu bagus tetapi tidak juga terlalu buruk."



Di Kota Baru, mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengkaji tarian itu dan menambah bahawa masalah ini harus dibincangkan di peringkat persekutuan.



Dia juga menyarankan umat Islam untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa bagi membuat keputusan dan tidak membahaskan masalah tersebut lebih lanjut dikhuatiri jika perbezaan pendapat mereka ini akan menimbulkan perpecahan.
 
 
p/s : Aku menyukai tarian poco2 dan menghafal jugakla dia punya step.. dulu smasa muda2 tarian nie agak popular di Unimap, dan universiti2 lain dijadikan antara acara pemanas badan.. Ramai yang melenting bila isu ini dikeluarkian.. so.. kita ikut keputusan majlis fatwa kebangsaan nanti.. senang cerita.. Tarian lain pun leh buat, bukan poco2 je..

Teknologi World Cup Qatar 2022 - Awan Elektronik?


Faham x video tu?
Qatar akan membangunkan alat semacam awam tiruan
untuk lindungi player football dari terik melampau matahari
Alat yang gunakan solar sebagai sumber tenaga
Kosnya yang aku baca sekitar US$ 500000  untuk satu unit
2022 - lagi 10 tahun

Mungkin jadi alat nie..
Xpun mungkin xjadi
Ataupun
Dia akan bangunkan stadium bawah tanah
Sape tau? Negara kaya.. mampu buat apa saja

2020 - Malaysia nak cecah negara maju
Sempat?
:D



Wael Ghonim - Pencetus Revolusi Mesir


The power of the people is stronger than people in power 

Respek!